Si Manis

31 December 2011

:'(

Assalamualaikum w.b.t
Astaghfirullahalazim.

Hari ini hari sangat sedih.
Mungkin sedih untuk kali yang terakhir sebelum menjejakkan langkah ke tahun hadapan esok.
Ya, tahun 2011 ini mungkin tahun kesedihan bagi diriku.
Moga tahun 2012 hadapan merupakan tahun kegembiraan buat diriku.
Dan sekarang sambil taip entry ini muka aku seperti ini


Dan akhirnya ianya juga seperti ini


Sambil air di hidung turut menitiskan airnya. Ya !
Seperti orang lain, aku juga tidak suka dibentak-bentak.
Tidak suka di marah-marah.
Hanya kerana bukan salah ku.
Kamu tidak layak memperlakukan aku begitu !
Aku juga cuba untuk tidak membentak dan tidak memarahi orang lain.
Tapi aku sering saja aku diperlakukan begitu.
Oh Allah !

Setelah aku diperlakukan sebegitu, hilang sudahlah semangat belajar dan semangat ulangkaji pelajaran aku.
Oh ya, tahun depan ini bersamaan 3hb Januari 2012 aku bakal menduduki Peperiksaan Akhir Semester Satu Tahun Satu.
Memang malam tadi aku sedih.
Tak sangka pula kesedihan itu bersambung ke hari ini.
Sudahlahhhhh~
Emakkk !

Aku tahu aku kuat hadapi semua ini.
Kesedihan ini memang sekejap je, beberapa jam lepas ini elok la tu. Ya, aku yakin !
Two is better than one. Because...
I can't live without You^^
 Dear Allah, thanks for everything 
Terima kasih semua.
Cuba membuka buku TITAS kembali.

25 December 2011

post before I start study ;D

Assalamualaikum w.b.t
Haha, memang dah lama aku menyimpan hajat untuk mengepost entry tetapi jari jemari seperti besi seakan-akan tidak mengizinkan ianya terjadi.
Berkat kegigihan aku, dapat juga aku melaksanakannya pada malam yang indah lagi permai di rumah emak dan abah ku.
Oh yee, saya berada di rumah ya sekarang.
No more KK1 USIM in this time. miahaha
Menggunakan waktu cuti ulangkaji pelajaran untuk menatap muka keluarga saya.
Juga menatap buku-buku pelajaran yang telah saya usung jauh dari kampus. huwaaaa !
|Harapan ku tinggi menggunung|Allah, bantulah aku|:)

Okay kawan-kawan, please do a pray for our success in this imtihan nihaa'i.
And for sure kullu exam in dunia and akhirah !
Sekejap je masa berlalu meninggal kita.
Ohh masa itu emas~
Masa adalah musuh bagi orang yang rajin.
Jika mereka yang rajin itu tidak memotong masa itu, masa itu seolah-olah akan membunuh mereka.
|Di atas ini adalah salah satu tajuk "maqolah" kami in arabic. Awesome ! ;p|

Jom-jom, mari-mari ulangkaji pelajaran !
Haa jangan study sebab nak periksa je yee kawan-kawan.
|Hakikatnya seringkali aku begitu| huuu
Jadikan ilmu fiss suduur~
Faham bukan? hihii

==============================================================

\Allah, semoga kau terus mempermudahkan segalanya :)/
\Entah kenapa dan mengapa asyik memikirkan kau yang berpesan kepada ku tentang sesuatu yang baik tetapi seperti tidak serupa dengan apa yang kau lakukan sekarang/
\Berharap kau berjaya menggapai hidayahNya/
\Dan aku terus di sini berusaha memperbaiki diri bersama mereka-mereka yang aku cintai dengan segala rahmat Pencipta kita !^^/


16 December 2011

16 disember 2011

Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah, sentiasa sihat di bawah lingkunganNya.
Kawan-kawan juga ya ! ;)

Hehe, hari ini enambelasharibulanduabelastahunduaribusebelas !
Bersamaan ulangtahun kelahiran aku yang ke sembilanbelas.
Ya, masih muda !
Masih di bawah lingkungan belasan tuhh..haha

Kepada sesiapa yg belum wish birthday aku, silalah berbuat demikian secepatnya.
Kerana beberapa minit sahaja lagi enambelasharibulan akan meninggalkan kita dan umur aku akan bertambah satu hari bersamaan = sembilanbelastahunsatuhari.huahuahua

Hari ni quite happy. hmm, quite je ke?
Taklahh, mestilah happy plus seronok plus gembira yg teramat sangat..
Terima kasih yg teramat sangat kpd kawan kawan yg sudi membazirkan beberapa sen kreditnya utk mengewish birthday aku hari ni.
Terima kasih juga yg sudi mengucapkan ulangtahun aku kat muka buku aku.
Kpd yg tak wish pun terima kasih juga, sebab aku tahu korang ingat sebenarnya tp cuma malas je nak wish.
Kan kan kan??? HAHA
Ohh ye, kakak Yuyu Zulaikha wish birthday aku face-to-face..kau ada?? ;p
Tak sangka pula boleh jumpa beliau tadi.
First time kot jumpa. Comel je kak Yuyu ni. geram !

Lupa plakkk, terima kasih yang tak terhingga juga buat dua orang teman sahabat kawan dan seumpamanya yg sudi belanja aku makan.
Ngee, saya mmg suka makan !^^
I love both of you lahh !
Opps, kamu yg lain jgn jeles yee.

Terima kasih yg tak terhingga juga buat kedua ibu bapa saya kerana telah menjaga dan mendidik saya dan seterusnya InsyaAllah akan menjadi anak yg berguna.
Anak mu ini sentiasa dahagakan doa dari kalian.
Wish me best of luck yahh mak abah..huhuu rindu plakk. Okayy, bertakung~~ :'(

Dan yang paling penting, syukran ya Rabbi kerana telah memanjangkan umur ku ini sehingga genap sembilanbelas tahun.
Semoga umur ku terus dipanjangkan olehNya :)
Ya Allah, terlalu byk yg ingin ku pohon daripada Mu.
Aku tahu Kau sentiasa mendengar luahan hamba Mu yg kerdil lg hina ini.
Aku sentiasa percaya dgn segala ketentuan Mu..

kami santap tutti futti !

terasa bangga la plakk bergambar ngn akak Yuyu ni..ngee
Alhamdulillah untuk segalanya :)

05 December 2011

Waktu

Assalamualaikum w.b.t

Apakah itu waktu?
Sebenarnya aku dapat idea nak buat post pasal waktu ni pun sebab hasil pembelajaran aku dan kawan-kawan di kelas Allughatul 'Arabiyyah tadi. #credit to Ustazah Manal bt Jusoh#

Maa hua al-waqtu? Al-waqtu hua 'umur.  Wa qaala Sheikh Al-Banna : "Al-waqtu hua al-hayaah !"
Haa apakah maknanya kawan-kawan? 
Ayat yang digunakan di atas simple-mimple je kan. hihii
Al-waqtu hua 'umur wa hayah ! Bi ma'naa, waktu itu adalah umur kita, kehidupan kita !
Bak kata pepatah, waktu itu ibarat emas. #eh, ke masa itu emas?# ngee^^

Cuba kita sama-sama bayangkan.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Dalam sehari Allah s.w.t menciptakan duapuluhempatjam sehari semalam.
Apa yang telah kita lakukan pada waktu itu? Adakah semuanya berfaedah dan bermanfaat?
Sama-samalah kita bermuhasabah diri |Astaghfirullahal'azim| :)

Apakah tugas kita sebagai remaja? Fikir-fikirkanlah.
Seelok-eloknya gunakanlah waktu yang diperuntukkan dengan sebaiknya dan penuhinya dengan segala kebaikan.
Kalau waktu untuk kita membuat perkara yang tidak berfaedah lebih banyak diluangkan dari perkara kebaikan seperti ibadah kepadaNya, apakah kesannya kelak kawan-kawan?
Ingatlah bahawasanya Allah akan menanyakan dimanakah hak waktuNya !
Cuba kita hitung, berapa lama atau berapa panjang waktu kita menunaikan ibadah seperti solat, puasa, berzikir dalam sehari jika dibandingkan dengan amalan-amalan duniawi yang lain.
Mungkin tidak sampai pun setengah jam. apatah lagi satu jam.
Yang selebihnya? Wallahua'alam.

Seperti pembelajaran aku tadi, ada dinyatakan bahawa pembaziran yang besar dalam hidup kita ini adalah pembaziran waktu. Membazir waktu adalah pembaziran yang lebih besar berbanding pembaziran harta.
Kerana apa? Kerana waktu itu tidak boleh berputar kembali. Tidak mungkin kita kembali ke masa yang lalu.
Jika kita membazir harta, mungkin kita mendapat buahannya. Mungkin kita akan mendapat kepuasan daripadanya. Mungkinlah~ ;)
Jika membazir waktu?


sura 103
Demi masa !
Sesungguhya manusia itu berada dalam kerugian.
Kecuali orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.

Akhir kalam, jagalah waktu dan masa kita kerana ia ibarat emas. Kerana ia adalah umur dan kehidupan kita.
Sama-samalah kita perbaiki diri kita mengenai waktu kita ini.
Kita hidup di dunia ini hanya sementara.
Adakah anda sudah bersedia dengan soalan-soalan yang bakal diajukan kelak?
Sama-samalah kita ingat-mengingati sesama manusia.
(^_^)y

29 November 2011

!@#%%!&*~

Assalamualaikum w.b.t

Macam pelik je title aku ni kan.
Hakikatnya memang pelik.
Pulang ke kampung halaman pun sudah.
Memang indah-indah belaka semuanya.
Dapat juga bawa both of my friends, Amal and Sam ke teratak keluargaku.
Alhamdulillah, terima kasih Allah !^^

Since dekat rumah hari tu, aku dapat rasakan sesuatu yang pelik.
Entah apa, aku pun tak pasti.
Kadang-kadang aku sedih, kadang-kadang aku menangis. :'(
Seperti hatiku ini dihiris-hiris !
Huahuhuaaaa apakah???

Bila ingat kau aku rasa sayu.
Bila bayang kau muncul rasa sayu lagi.
Bila teringat semua pasal kau pun rasa sayu.
Bila nampak kau terus rasa sayu lagi tambah lagi dengan sedih pluss pluss mahu nangis !
#Entah bila aku nampak kau???#

Elok-elok aku sudah bisa melupakan kau, suddenly it comes again. hmm~
Adakah kau yang teringat akan aku? #Nak terharu kalau kau ingat aku. Tapi itu mustahil !#
Semoga kau pandai menjaga diri.
Kau lebih besar dari aku kan.
Aku tahu kau boleh, walaupun kau takde la besar sangat. keh3 ;p

Tolong ingatkan aku VS tolong lupakan aku :D
Janganlah kau muncul dalam ingatan aku.
Teringat kata-kata yang ini dari kau : "Jika mereka sibuk mencari CINTA, biarlah kita sibuk mencari IMAN. Jika mereka sibuk mencari PASANGAN, biarlah kita sibuk mencari KEREDHAAN. Jika mereka menangis kerana kecewa BERCINTA, biarlah kita menangis kerana DOSA-DOSA semalam. Jika mereka cintakan HAMBANYA, biarlah kita cintakan TUHANnya. Jika mereka mendambakan kehidupan DUNIAWI, biarlah kita dambakan UKHRAWI."

Apa-apa pun, Dialah Allah. Maha Pemurah. Maha Penyayang.
Maha Pencipta, Maha Pengampun.
Maha Pengurnia, Maha Pemberi Rezeki, Maha Pembuka Rahmat.
Maha Pelapang Hidup, Maha Pemberi Manfaat.
Dialah al-Wadud, Yang Maha Mencintai.
Katakanlah, ku cinta Dia.
InsyaAllah !

Bacalah sini untuk mendapatkan ketenangan.
Namun, Al-Quran dan Zikrullah itu jangan dilupakan ! (^_^)y
Maaf, entry ini bercampur baur. hihii


25 November 2011

jiwa kurang menentu

Assalamualaikum w.b.t

Banyak alasan yang menyebabkan jiwa aku sekarang ni kurang menentu.
Kurang je laaa. :'(
Maaf ku pinta wahai kawan-kawan ku sayang, jikalau perbuatan aku sejak kebelakangan dan kehadapan ini agak menjelekkan dan kurang dan tidak menyenangkan hati kalian semua.
Mungkin ada yang tidak perasan perubahan ku itu.
#Baguslah kalau tak perasan# huahaha.

Memang susah kan nak berubah kepada yang betul-betul baik.
Memang banyak juga cubaan dan dugaannya. 
Hati dan jiwa aku ini memang mudah terpengaruh dengan keadaan sekeliling.
Belum lagi hasutan syaitan yang direjam !
Takpe la kan, biar orang tak nampak kebaikan aku asalkan kebaikan aku itu dilihat olehNya yang MAHA ESA :)
Tetapi memang tidak mustahil untuk kita melakukan perubahan yang baik (^.^)v
Ya Allah, jangan biarkan aku dalam keadaan lalai untuk mengingatiMu !
Semoga Allah terus gagahkan diri hambaNya yang kerdil ini.


"Sesungguhnya Aku membalas kepada mereka pada hari ini (dengan sebaik-baik balasan) disebakan kesabaran mereka, sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang berjaya."
<Al-Mukminun: 111>

"Sungguh akan Kami berikan cubaan kepada kamu sekalian dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar."
<Al-Baqarah: 155>

inilah yang aku perlukan.
ya, anda semua juga memerlukan ini.
apa kena-ngena tah gambar dan kata-kata ini dengan sabar.
hihiii
Esok nak balik ke kampung halaman ! yeahhh~
Semoga dipermudahkanNya :)

18 November 2011

maaf, aku terlupa wish birthday kau !

Bismillahirrahmaanirrahim.
Assalamualaikum w.b.t
Semoga kalian berada dalam lingkungan rahmatNya :)

Perlukah aku ucap ulangtahun kelahiran kau itu?
Hakikatnya aku memang sengaja untuk tidak mengucapkannya.
Harap kau tidak pun tertunggu-tunggu.
Bukan bermakna aku melupakan engkau.
Tidak sama sekali. #kadang-kadang tu ada gak la aku terlupa akan kau !# :D
Tetapi aku tetap mendoakan yang baik-baik sahaja untuk dirimu.

Memang sudah lama tak jumpa, tak nampak kau.
Maaf lagi kerana aku telah membuatkan kau benci aku dan membuatkan kau kecewa terhadap aku. #ok, poyo jee nak kecewa sebab aku# hua3
Aku sedar aku salah.
Tapi aku juga sedar memang inilah yang terbaik buat kita.
Ya, yang terbaik dari yang baik !
Aku percaya segala aturan Allah itu :)
Kalau kita berselisih mahupun terserempak, janganlah kau tunjuk muka benci kau itu terhadap aku.
Aku mohon ! :'(

#Sekian luahan insan kerdil lagi kecil ini#
#Allah engkau dekat, penuh kasih sayang :)

12 November 2011

Alhamdulillah~~

Assalamualaikum w.b.t

Hihii, Alhamdulillah utk segalanya !
Tinggal segelumit je Cuti Pertengahan Semester Satu aku ini.
And hari ini barulah berpeluang utk meng-update blog aku yg cantik lg indahhh..hua3 =='

Raya Haji lepas, aku sibuk sangat melayan tetamu.
Sampai kerja semua hampir tergendala.
Bukan tetamu apa pun, "usrah" abg aku jee.
Duduk melayan tetamu kehormat ni haa..

HAHA
macam baru bangun tidur jee
kiss satu ! mmmuahh ! :D

moksu, dekna, nenek, TERRRselit je kat situ.
selebihnya kakak. XOXO
Ini seorang lagi tetamu..Besar sikit, nampak muka dia je :)

apa pandang-pandang???^^
Hihiii baru berapa hari, dah rasa rindu dekat tetamu-tetamu yg teristimewa itu..
Semoga ketemu lagi ya !
Jangan nakal-nakal :')

You know what, i've many works to do for this semester break.
Yahh, some of you know it because you are my classmate..hee
Take a look a list of my work ! huwaaaaa~
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
English Class : i. Article Review.
                       ii. ESL Website.
Arabic : #Dengar kata kena buat "hiwar" lg. >o<"
Law : Presentation.
Madkhal FIFA : "Taqdim" too.
TITAS : Written Submission.
Hubungan Etnik : Study Case.
ICT : Study Case too and the Individual Portfolio.
And the last but not list,
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
Boling Padang : Huishh, subjek koko pun ad assignment tahu, siap ada Final Exam lagi ! Discuss, create and present the product that given to you..hee

But, it's okay la kan..Because all of these works must be done in group ! :)
Takda lah nak tertekan sangat..yeke??? hmm @#$%&!*

#siapakatajadipelajaruniversitiituindah?# hakikatnyamemangINDAH"
Lastly, Jangan Mengeluh ! And don't complain~
Terima kasih, thank you, syukran ! Bahasa lain, korang translate sendiri la ek. :D

28 October 2011

everything will be okay^^

Assalamualaikum w.b.t

Hopefully all of you have a great day with your org2 tersayang =)
Also don't forget to thank to Allah yahh buddies !
I love you..ngee~

Hmm, whats happen yesterday?
hohooo, i have been sit for two test. which are English Group Discussion and Arabic Language about "Istima'".
Quite difficult and also challenging my mind..grrr Hope everything about the mark will be okay..InsyaAllah. Whatsoever, tawakkaltu 'ala Allah :)

Okay, tomorrow i and all my classmate will go to the hutan lipur ULU BENDUL..Tak sabar plak rasa..ngehh3
We all bukan saja2 tahu nak pergi sana. But we all have a task to do. Its again about our pembawa markah ! Kenapa ulu bendul? Biarlah ia menjadi rahsia.

Whats going on the next day??? Actually we all have a mid term test before our mid term break =( But, never mind, InsyaAllah, everything will be okay again. hihiii Please pray for us okay? ;) Kawan2 yg terlibat jgn lupa utk usaha juga tahu..Kalau tak, sia2 je doa tu. Baca buku bukan for the exam je, ianya utk ilmu di dunia dan juga di akhirat. Kelak akan dipersoalkan..Muhasabah Diri sebentar#

Selak je baru, bilalah nak mentela'ah nye :D

>Semoga Allah mempermudahkan segala urusan kita<
<Niat mesti betul, usaha dgn jayanya, doa serta tawakkal selepas berusaha jgn dilupakan and bi iznillah kita semua akan berjaya :)>

! Renung-renungkan dan selamat beramal !
Terima kasih daun keladi, next time jumpa lagi !^^v

22 October 2011

hee

Assalamualaikum w.b.t

Hye hye captain ! hohoo

Okayy, i'm becoming a fat girl now !!! :'(
Any of you have idea to overcome regarding this problem???
Share with me please~

Whatsoever, i'm still grateful to You Allah :)
Fat is health !^^
Don't too much sudahhh..huaaaaaa~

Bye bye buddies =)

15 October 2011

jangan mengeluh

Assalamualaikum w.b.t
In the Name of Allah the Most Gracious and the Most Merciful.

Hello everyone ! Have a nice day yahh~ ;)
Hmm "do not speak even the word 'uff' to your parents",
Ouhh sorry, actually i want to share to you all about a story with tittle >>> "Sang Helang".
I know about this story through a program that had done in two weeks ago which is BERTEKAD TERBILANG PROGRAM.
I think, some of you know about this program because I have story about it in my other post. Hihi^^

Tersebutlah kisah Sang Helang dengan dirinya yg boleh terbang tinggi ke awangan dgn lajunya..
Dia mempunyai paruh yg agak panjang yg memudahkannya utk menangkap ikan di lautan.
Bulu-bulunya juga memang tebal.
Sayapnya pula lebar dan besar dan luas yg memudahkan lg utk terbang ke awangan dgn jayanya. Sehingga sampai ke tahap umur yg agak tua, Sang Helang terpaksa bertukar paruh.
Paruh yg sedia ada perlu ditanggalkan atau dicabut utk digantikan dgn paruh yg baru kerana paruh yg lama tu dah lama sgt kan, kenalah tukar baru..ngee~

Bukanlah sesuatu yg senang lg mudah bg Sang Helang utk menanggalkan paruhnya. dia perlu utk mengetuk2 paruhnya ke batu. (
lebih kurang mcm tu lah yg perlu dilakukan, aku pun tak tahu nak guna ayat apa =)
Kemudian, Sang Helang mengetuk lg paruhnya ke batu sehingga...............??
Sehingga dia berasa sakit dan akhirnya tercabut paruh itu dan terus berdarah...

Bulu-bulunya yg lebat kini telah menjadi nipis dek kerana faktor usianya.

Ia telah menyebabkan sukar baginya utk terbang dan mencari rezeki yg halal lg suci.
Paruhnya yg telah tertanggal perlu ditunggu hingga ke sekian hari utk ia tumbuh paruh yg baru. (mmg sakit mulut dia dek menahan sakitnya hendak menanggalkan paruhnya yg uzur itu).
Tetapi dia tetap sabar lg tabah menghadapinya !
Bulu2nya juga semakin berkurangan.
Yg bagusnya tentang Sang Helang ni, dia tidak pernah mengeluh dgn dugaan dan ujian yg diberikan oleh Tuhan. 

Haa that's the story..
So, what we can conclude from this story?
I think, most of us was growing up right?
So, up to you all how to conclude it...

As a student, we can't run away from a lot of works or assignments.
And my first two month study in USIM, I got many assignments at the same time that must be done as soon as possible in the due date. =='
It can be like, all the subjects that I've taken in this semester become an assignment per one subject..
hohooo >0<
Maybe some of us got stress when think and face the works especially the works are not done yet and the time for submit it is come soon ! grrrrr~



human version
if in animation version
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v

We as a people must be a brilliant person to face it.
We must doing a work one by one and carefully so that, it do not have any mistakes.
Don't be stress but face it calmly :)

say no to stress ! =)
and we will be
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
a SUCCESSFUL person
in dunia and akhirah ;)
@Make the story of "Sang Helang" above as a reminder and do not complain any tests or trials that given by our God..
@Thank you very much buddies !
@Have a successful day, insyaAllah~
! LA YUKALLIFULLAAHU NAFSAN ILLA WUS'AHAA !

03 October 2011

sepasang kasut

Assalamualaikum w.b.t

Segala puji-pujian hanya untukNYA =)
Alhamdulillah masih dikurniakan nikmat iman dan juga nikmat islam.
SYUKRAN YA RABB ! 

Kenapa plakk nak cerita pasal kasut ni?
Haa aku ada byk kasut tahu..
Meh jemput dtg ke rumah..keh3
Tp dtg utk tengok je lahh, bukan pinjam..#okayy, sgt kedekut di situ :D#

kasutku yg terpaksa ditinggalkan di kampung halaman
sob3 T_T

Kasut kawan-kawan pula mcm mana?
Hmm tak kesah la kasut bertutup ke, sandal ke, selipar ke and what so on,  ia tetap sama waktu dgn sepasang KASUT.

ada mcm ni tak rupa kasut korang?
ngeh3 ;p


All right, back to the topic !
Korang dah pergi mana je dgn kasut2 korang tuhh???
Mesti jauh perjalanan kan~
Hmm hari ni aku mcm biasa pagi2 hari lg sudah menuju ke kampus dgn mereka2 yg lain.
Biasalah, nak mencari ilmu kan ;)
Pada sebelah ptg hari td plak, aku berjalan ke bangunan canselori bersama rakan-rakanku utk menyelesaikan beberapa permasalahan.
>mcm masalah besar sgt je bunyinya..ngee<
Bak kata salah seorang rakanku a.k.a amal, hehe "kita dgn canse dah jd sahabat baik." :D
korang paham ke?
Takpe la tak paham pun, biar kami je yg paham..hohoo
Sementelahan itu, kami menuju pula ke bangunan HEP..
Dan akhir sekali pulang ke pangkal KK1.
Alhamdulillah, selamat tiba dgn jayanya !
gunakanlah kasut kamu menuju ke jalan yg diredhaiNYA
insyaALLAH


Kasut dan jalan akan menjadi saksi di kelak hari utk membuktikan ke mana kita pergi dan apa yg kita lakukan di dunia yg sementara ini.
Byk org yg agak salah menggunakan kasut mereka.
Termasuklah diri aku ni jgak.
Kasut cantik2 tp menuju ke jalan yg..........
Hmm sama2 lah kita muhasabah diri kita :)


*Lately, aku terasa ingin sekali dan berkali-kali utk mengubah diriku yg tak seberapa ini.
semoga Allah mempermudah segalanya~*


*Tahniah kpd mereka2 yg telah berjaya dgn jayanya merubah diri mereka,
takde yg mustahil utk melakukan perubahan.
Mabruk 'alaikum !*


*Sama-sama kita memperingati dan memperbaiki diri kita lillahi ta'ala.
bukan li ajli nnas*

~Salam Sayang utk Semua~
<3 Uhibbukum Abadan Lillahh <3

27 September 2011

selamat hari raya + malu + lain-lain

Assalamualaikum w.b.t

Masa-masa terluang cmni boleh plak update blog kann..hehe
For sure, sat lg ni nak p beradu..ngeh3
Td kannnnn, i, dia, dia, dia, dia dan dia dan mereka2 yg lain g JAMUAN RAYAaaaa usim..haha
Bangga kottt.
Padahal segan actually ! haha
Suka hati je org yg STUDENT mcm ktorg ni masuk dlm STADIUM TERTUTUP NILAI tuhh..hohooo :D

Mmg STAF usim je la kan yg kelihatan ramai..
Student like us ni, berapa ketul je ada.
Tp nasib hari ni mmg baik, ktorg teruskan je niat nak makan makanan2 raya tuhh hatta kami malu + segan utk menghadapi staf2 yg ramai tu..grrrrr
Sate, abc, bubur kacang, ayam golekk..ayam golek ke??? ngee
Buah2 dan etc !
Mmg agak meriah beserta dgn alunan2 dr staf USIM itu sendiri..hee :p
Selamat Hari Raya.

=========================================================================

Sebenarnyaaaaa, i malu la dengann......dengan?
Dengan siapakah??? haha aku pun tak tahu.
Aku rasa malu dgn perbuatan seorang hamba ni.
Sebelum tu, aku turut malu juga dgn perbuatan aku yg tak semenggah ni.
Mcm mana ek nak jd pendiam? sopan santunnn..hihi
Barulah sejuk je mata-mata orang yg memandang..keh3

=========================================================================

Oh yee, you all students USIM 2011 / 2012 first sem tahu tak ada PROGRAM BERTEKAD TERBILANG hujung minggu ni??? 01102011 - 02102011///
Ooo Mmm Ggggggg ! Aku nak balikkkkkk !!!
Semangat je aku dah tak sabar nak balik rumah tersayang lg tercinta tu Jumaat, Sabtu, Ahad ni.
Tup tupp, ada program plak utk ktorg..makkkkkk~
>>>Kpd pihak pengurusan, silalah batalkan program tu..
Batalkan utk aku je pun da okayyy..HAHA
Itu semua mimpi ! Tapi tak mustahil what^^

% Okay, terpaksa dan perlu akur dengan segala ketentuanNya %
* I miss you, makkk! *
$ Belajar rajin2 wahai diriku dan kamu2 yg lain..Nanti senang nak bayar hutang PTPTN ~`!@#$%^&* $
= Niatkan belajar LILLAAHI TA'ALA..insyaAllah dipermudahkan :) =
# LUPAKAN apa yg perlu dan yg MESTI dilupakan itu #
! Banyakkan muhasabah diri !
jaga diri semuaaa ! ;)

23 September 2011

~RASA~

Assalamualaikum w.b.t

Sihat-sihat semua ye, insyaAllah !

Hmm busy jgak la kan tahun satu ni. tp ak macam byk relaks je..Sempat plak berpoya-poya. ~`!@#$%^&*()_-+=€<,>.?/:";' Mungkin aku terlalu berfikir bahawasanya masih terlalu awak utk aku terlalu busy pd waktu ini..Ohh, sifat ini perlu dibuang jauh-jauh ye kawan-kawan, sahabat-sahabat dan teman-teman seperjuangan sekalian ;)

Aku rasa apa sepanjang bermulanya sesi perkuliahan ini? Entah, aku sendiri pun tak tahu..Mungkin sedikit sedih, tp sikit je la kan..Takmau r banyak2. Nanti mengganggu gugat pelajaran dan pembelajaran aku plak..haha poyonyaaaaaaa ! The problem is, why i must sad???? hoho question mark please !! Okay, abaikan itu semua.

Bergembiralah wahai sahabat2 sekalian..LA TAHZAN, INNAALLAHA MA'ANA ;) Tp jgn terlalu gembira sgt plak..Sedang-sedang sederhana okay dahh..Awal-awal semester ni rasa mcm semangat i dah hilang la plak..Ohh semangat, kemanakah engkau????? Semoga kau masih ada lg di sisi ku ini, Aaamin~

Ya Allah, permudahkan segala urusan kami..Syukran ya Allah atas segala nikmatMu =)
#Jgn nak enjoy2 sgt la awal2 nihh..Kelak kau yg merana# >>ngomelanku di dalam hati<<

11 September 2011

USIM kebanggaanku ;p

Assalamualaikum w.b.t

Sihat-sihat ya semua..
InsyaAllah =)

Aku dan mereka-mereka yg lain dah pun selesai sesi ta'aruf / orientasi utk program Ijazah Sarjana Muda di USIM ini.
Td ptg pun habis da program ALSP1..
Baru satu tahu..hohoooo Arabic program actually..

Kami pelajar-pelajar tahun satu kebanyakannya stay di Kolej Kediaman Satu (KK1).
First college yg ada dlm kampus usim nihh..wee
Kami batch yg kedua kot stay sini.
Facilities pun still fresh..
Tp tulahh kan, ruang bilik yg agak-agak muat je utk kami.
Apa-apa pun tetap bersyukur dr tidak diberikan peluang utk menetap di sini..
Tak mau dehh kalau kena sewa rumah sendiri..Tp best jgak kott..kih3^^

Okaylah, tetap berbangga dgn USIM walaubagaimana pun rupa bentuk dan keadaannya..ngehh ;)
Semoga berbahagia di sini..Kawan-kawan yg lain, pray for me to0 yahh ! 
Oh yee, esok plak dah start kuliah and tutorial class..
Hopefully it will berjalan dgn lancarnya. 
Semoga SEMANGAT terus membara dan masih ada ye Shahirah Ridwan. hehe

#Target nak KURUSSS ! Bagus gak duduk kk1 ni kan kawan-kawan..? Tiap-tiap hari pasti dan mesti akan mengeluarkan keringat. Semoga ia membuahkan HASIL..hihi#


30 August 2011

err, RAYA ???

Assalamualaikum w.b.t

Harap-harap semua umat di dunia ini sihat lg sejahtera hendaknya~ insyaAllah !

hohohohh happy eidulfitri !!! Ni yg korang nak kan? hihi Tp sedih gak kan..? Maklumlahh, bulan Ramadhan yg mulia ini baru je melabuhkan tirainya..Apa makna maksud ertinya? SyaitaanurRRAJIM hendak menjalankan tugasnya la weh seperti bulan-bulan yg lain..Hmm semoga dikuatkan iman olehNya..Berakhirnya juga Ramadhan ni, tak tahu jgak adakah ini ramadhan terakhir ku???

Besederhana je la kan sambut bulan Syawal ni. Kat kawasan rumah aku ni, sunyi + sayu je. Biasalah, kat sini ramai orang pendatang..Tp bkn PATI tahu..hohoo Means, pendatang dari negeri lain. Jadinya bila raya cuti mcm ni dorang semua pakatlah balik ke kampung. Rugi kot kalau cuti-cuti tak balik ke kampung halaman. Kan kan kan??

seronok sgt tu dpt main buai walaupun cuaca panas
*mok su ye yg dok tahang panah..keh3
Rumah aku ni pun tak siap kemas lg ni. Tak tahu la apa yg nk dikemas..kui3 Mmg sure, hari 1st raya mcm ni mesti takde siapa lg yg bertandang ke rumah..haha ! Tunggu esok-esok org dtg je lah baru kelam kabut nak isi kuih muih, kerepek merepek dlm balang..ngee ;)

Act, tengah semangat nak tunggu my 1st brother and his family dr Terengganu sampai sini..Tp tak tahu la bila mereka tu mahu bertolak..Abg aku tu, ikut dia je bila nak gerak pun. Rindu + miss wooo sama itu anak anak buah aku ! Mcm ramai sgt la kan anak buah aku tu..kih3 Baru dua org..Takpe2 ada masa lg ;p


adik dan kakak
zukrina alia dgn mulaikah azmiah

tembam mcm kakaknya jgakk waktu baby =)


Thoiyyib ! SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MOHON MAAF segala dosa sesama kita ehh^^ Ikhlas dari saya Zukrina Alia seisi keluarga..ngee Hope selamat segala-galanya..insyaAllah !

*Nampak tiadanya org yg bertandang ke rumah. Aku sempat update blog lagiii..hohooo rumah belum kemas :D

26 August 2011

saya sudah bersedia ;)

Assalamualaikum w.b.t

Hehe ada sihat semua? Kaifa halukum? ngee Korang da sedia belum nak raya ni? Aku dah terlebih-lebih bersedia da ni rasanya..haha Tp bagaimana dgn amal-amalan di bulan puasa ni ek ;) Keep it up, peeps !

Haqiqatan aku nak gtahu bahawa sesungguhnya aku sudah bersedia utk meletakkan diri aku ke program Ijazah Sarjana Muda dengan kepujian itu..haha poyo tak poyo :p uiiiii tinggal berapa hari je lagi ni kamu ! Nak raya dah ni..Nak kembali ke ipta lg..adehh >,<

Baiklah, tak tahu nak kata a.k.a merepek apa lg ni..Saya tinggalkan anda semua dengan ucapan
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
SELAMAT BERPUASA ! #kita masih dlm mood puasa lg kan? hihi
SELAMAT BERHARI RAYA !! #maaf zahir serta batin peeps =D
SELAMAT KEMBALI ke IPTA masing-masing !!! hoho ='(

Fi khulaasoh, kullu entum salaamah ! insyaALLAH

19 August 2011

LET'S SPEAK !

Assalamualaikum w.b.t

Hello everybody ! How your day? Hopefully everything okay. Hmm suddenly i want to speak in english lahh..Why? I don't know what the reason actually. Ohh maybe because we are around the corner to further the study soon. =( Let's speak arabic too ! Ngee @#$%^&*()!

Lately, i'm very busy regarding to prepare all the documents for the registration to further my studies at Islamic Science University of Malaysia ==' Same goes to my buddies. So far, Alhamdulillah i've successfully completed all the required documents together with the stamp of endorsement by my Village Chief. I'm excited? Whatever~ :p

And now, i'm still looking for the scholarships. Actually, i was applied certain scholarships and loans but i feel like not satisfied with that..Well, i'm a demand person ! HAHA. Just pray for it so that i'l get it. Hopefully so..Or anyone want to contribute their money to me??? kih3


الآن, حي نتكلم بلغة العربية. =) هل أنتم تعرفون سأواصل دراستي في أي مجال؟ ماذا؟؟ أنتم لا تعرفون؟ لا بأس, سأجيبلكم عن هذه الأسئلة. الحمد لله, بإذن الله سأواصل دراستي في كلية شريعة والقانون في مجال فقه والفتوى. :0 في رأيي, قد يكون مضحكا. ولكن لا 
بأس. ما في مشكلة

كثير من أصدقائي الذي سواء في تمهيدي شريعة والقانون يحصل على مجال فقه والفتوى. ولكن لا تقل الذي يحصل على مجال شريعة   والقانون..الحمد لله, رزقنا. الله يعرف ما هو أفضل وأحسن لعباده

Alhamdulillah, selesai sudah dua bahasa di atas. Sebenarnya rasa tercungap-cungap pula speak both of that languages..da berkarat woo..Hihi dan sekarang, meh sambung dgn Bahasa Melayu pulakkk ;) Hmm nak tahu tak apa target aku sebagai seorang pelajar? hihi mula-mula aku berTADIKA di TADIKA AN-NAIM dan juga PASTI IKHWANUL MUSLIMIN..tamak tak aku? Haha kemudian diikuti dengan berSEKOLAH RENDAH di SEKOLAH RENDAH ISLAM AL-FARABI, Kg Delek. Di peringkat SEKOLAH MENENGAH pula, aku melayakkan diri utk menyambung pelajaran ke SEKOLAH AGAMA MENENGAH TINGGI SULTAN HISAMUDDIN, Kg Jawa, Klang. kahkahkah macam riak jee >,<

Okay fine, dan sekarang baru lepas program TAMHIDI di USIM..tahu ke apa itu USIM? :p dan bakal melanjutkan pelajaran dalam program IJAZAH SARJANA MUDA di universiti yg sama. Inilah TARGET aku.............

>>ZAMAN TADIKA<<
selesai
v
v
v
>>UPSR, PSRA<<
selesai
v
v
v
>>PMR, SMA, SPM<<
selesai
v
v
v
>>tamhidi a.k.a asasi<<
selesai
v
v
v
>>ijazah sarjana muda dengan kepujian a.k.a degree<<
bakal dijejaki tak lama lagi :D
v
v
v
>>master<<
*bercita-cita*
v
v
v
>>phD<<  
*angan-angan*

*tak tahu apa nama panjang bagi program master wa phD..ngee


Dan cita-cita a.k.a angan-anganku yg terakhir adalah.........hehe aku teringinnnn nak masuk dan menyelam ke dasar laut la wehhh..wee selain semua di atas ini la kan, aku ingin menjadi mar'aah solehah wa jamilah di sisi Allah s.w.t. Semoga allah terus memberkati kehidupanku dan keluargaku dan kehidupan anda semuaaa..Semoga tercapai segala yg dihajati..insyaallah~

Thank you, syukran jazilan, terima kasih.
See you again, semoga ketemu lagi, ilal liqa' wa ma'as salaamah (^_^)y

15 August 2011

LA TAHZAN don't be sad jangan sedih !

Asslamualaikum w.b.t

Seperti biasa la kan..Hukhuk semoga sihat-sihat dan ceria-ceria selalu sahabat ! Dan lagi satu please, jgn sedih~ Aku sedih takpe..sahabat-sahabat jgn sedih okay.^^

Hmm kecewanya dgn sikap seorang individu ni. Ya Allah, Kau je yg tahu betapa kecewanya aku dgn beliau..Dia ckp lain, tp dia buat lain. Aku tak tahu la kan, mungkin kau boleh dilabel sebagai PENIPU ! Aku cuba nak percaya kata-kata kau dulu tapi sekarang tidak lg..

Oh, hatiku shahirah ridwan kau dikecewakan lg buat kesekian kalinya. Mesti ada yg fikir lain kan..Jgn fikir mcm2 la sahabat. Ini bukan entry tentang aku putus cinta..Astaghfirullahalazim, terlalu banyak dosaku terhadapMu ya Allah ! Aku harap Kau terimalah taubatku ini. Kepada "kau" yg mengecewakan aku, aku harap kau sedar dan ingat dengan kata-kata kau tempoh hari. Tidakkah kau rasa berdosa???

Baiklah diriku shahirah ridwan, aku cuba utk ceria kembali dan kembali senyum ! Yeahhh, aku tak boleh kalah dgn kekecewaan ini..Oh Allah, aku tahu kau selalu ada di samping hambuMu ini. terima kasih ya RABB ! aku masih lg diberikan masa utk bertaubat padaMu..Akan ku gunakan masaku ini sebaiknya..Mudah-mudahan~

*Aku cuba gembira di sebalik kesedihan ini..syukran RABBI !

13 August 2011

terima kasih thank you SYUKRAN

Assalamualaikum w.b.t

Sihat-sihat ya anda semua? Alhamdulillah, syukur dan segala puji-pujian hanya untukNYA ! Kita masih lg dikurniakan NIKMAT IMAN dan juga NIKMAT ISLAM *wehihiii rasa mcm tazkirah kat sekolah Hisamuddin dulu je..Maknanya, ingatan aku masih kuat la kan ;) Terima kasih ALLAH ! <3

Hishhh, pergilah kau wahai makhluk asing ke alam mu di sana !!! Kahkahkah apa kena ngena pula la dgn makhluk asing ni ek? Aku sendiri pun tak tahu..tahu sebenarnya, tapi saja buat-buat tak tahu..HAHA tolong la pergi ya? I'm begging you ! =0 Apa yg aku merepek merapu meraban mengarut ni wehh? Ahh, lantak la dgn itu..Aku sebenarnya tak tahu nak cerita apa. ngee~

Okay, td ikut mama and her geng to the carrefour..Then, biasalah kan of course la ada sesi persembangan antara mereka utk menghilangkan bosan di dalam kenderaan mungkin..Haha selepas itu, aku pun dgr dan mengikutilah kesah mereka tu..*bukan nak menguping yee..dahh mereka cerita, ak pun dgr je la kan..hek2

Mereka cerita tentang anak-anak mereka. Oppsss, aku bukan mahu memburuk + mengaibkan mereka tahu. Just nak ambil pengajaran dan teladannya sahaja. Tidaklah buruk perangai mereka itu, tetapi kurang memuaskan bagi aku. Apatah lagi jiwa dan perasaan ibu bapa mereka itu sendiri. Mesti kecewa lagi terkilan bukan..Biasalah, jiwa remaja lahh katanya..Hmm syukran ya RABB aku tidak sebegitu..Tp kita tak boleh terlalu yakin juga yg kita ini bagus utk selama-selamanya. Org yg jahat pun boleh berubah menjadi baik. Org yg baik pun boleh menjadi jahat dalam sekelip mata..Nauzubillahiminzalik ya ALLAH !

KAU peliharalah aku, mama abah, abang-abang, keluarga dan kerabat-kerabat aku, sahabat-sahabat, teman-teman, kawan-kawan dan seluruh umat islam di dunia ini ya ALLAH ! Aku terlalu sayang dan cintakan mereka..YA ALLAH, YA RABBI ! hanya KAU lah yg layak di sembah. ALLAHUAKBAR, ALLAH MAHA BESAR. SUBHANALLAH, MAHA SUCI ALLAH. ALHAMDULILLAH, segala PUJI hanya untukMU YA ALLAH !

YA ALLAH, janganlah KAU palingkan diriku ini terhadapmu ! Istiqamahkanlah diriku ini menuju jalan redhaMU YA RABB ! terima kasih TUHAN ku ! :)



09 August 2011

KISAH SEKEPING HATI

Assalamualaikum w.b.t

Hari ni nak share khibrah fasal HATI..hmm apa eh ceritanya? Haha aku pn tak tahu.
============================================================

Okay, tipu kalau aku kata aku tak pernah jatuh hati. Memang pernah, tapi jatuh cinta tu tak pasti la pula. Kalau setakat jatuh hati, jatuh jantung dan limpa tu selalulah juga mungkin..bhahaha ! Tipu lagi dusta semata-mata, sehidung-hidung je tu..ngee

Thoiyyibb ! Kenapa je ek dgn hati??? Hmm aku jatuh hati? Org jatuh hati dgn aku??? Haha lawak di situ..Yupp, aku mengaku aku pernah terlanjur dengan semua itu..Aipp, jgn fikir lain pula ! Astaghfirullahalazim~ Tapi tu semua dulu..Memang dia sendiri yg sudah menyedar dan mengingatkan aku bahawasanya ALLAH ADALAH SEGALA-GALANYA. Kepada dia, terima kasih dan semoga kau tetap dgn pendirianmu itu =) Namun aku dapati dia telah..................Hoho itu hanya perasaan aku sendiri mungkin kerana aku sudah mulai membenci dirinya? Entah lahh, ak juga tak pasti. Sesungguhnya ALLAH lebih mengetahui. Semoga kau bahagia hendaknya..Ok, 98% ! Yeahhh~

Sakit hati, perit lagi pedih kan kalau hati kita jatuh tak bersambut..hoho *ada eh istilah macam tu? :p ==' Apa rasanya kalau cinta putus? Hoho tidak mengapa la kan. Tuhan sudah menentukannya, DIA sedang mengujimu. Nahh, ada sedikit petua utk hati yg sedang bersedih, jiwa yg sedang berduka, minda yg sedang berkecamuk. Walaupun sedikit, ia amat berguna dan berkesan tahu..Just try and cuba and test ! ;)


Amalkan tasbih, tahmid dan takbir - Inilah petua yang diberikan oleh Rasulullah SAW kepada anaknya Siti Fatimah.


Berdoa - Mohonlah kepadaNya. Ingatlah, doa itu senjata bagi orang mukmin.


Sibukan diri dengan sesuatu - Lakukan aktiviti yang boleh melupakan segala kekusutan seperti perbanyakan membaca al-Quran & pelbagai bahan bacaan, terlibat dengan aktiviti usrah, kemasyarakatan dan sebagainya.


Luahkan perasaan anda - Bermacam cara boleh digunakan untuk meluahkan perasaan. Carilah seseorang yang paling anda percaya (sebaiknya yang ada pertalian darah atau orang yang arif dalam agama), menulis diari atau catatan harian, menulis blog dan sebagainya.


Senyum - Apabila berada dalam tekanan, cubalah untuk senyum. Senyumlah dihadapan cermin dan lihatlah diri anda yang sedang tersenyum. Ia mampu menenangkan fikiran dan hati.


Aku sudah cuba petua ini. Anda bila lagi? Hihi credit to i luv islam. *ciplak je mampu :p


serahkan hati dan cinta kita kpd yg SEBENAR-BENARNYA terlebih dahulu
barulah kpd makhlukNYA ;)
YA ALLAH, jika dia adalah jodohku
KAU jagalah hati-hati kami ini di bawah syariatmu
Jika dia bukan jodohku, KAU jauhkanlah dia dari penglihatan dan pemikiranku
dan jauhkan aku dari penglihatan dan pemikirannya ^^

AMIN YA RABB !

Semoga ALLAH mempermudahkan segala urusan kita..insyaALLAH~
Sekian utk kali ini. Terima kasih, syukran, thank you, dan lain-lain bahasa lagi ! :D

07 August 2011

WHAT I'VE DONE FOR THIS SEMESTER BREAK ???

Assalamualaikum w.b.t

Apa khabar anda semua? Harapannya anda sentiasa sihat dan ceria disamping org yg tersayang lagi tercinta..Hari ni masuk hari ketujuh kita berpuasa..Alhamdulillah !

Okay, hari ni aku nak kongsi dgn korang semua apa yg telah aku lakukan + apa yg telah aku jadi utk cuti semester yg tak seberapa lama ni. *tak seberapa kau kata, empat bulan tu wehh ! Hee mungkin memang ada di antara kalian yg sudah tahu apa pekerjaan terhebat aku nihh. Tapi tak kisah la kannn..Actually, mama aku yg berkobar-kobar suruh aku cari rezeki..Huhu sampai my job tu pun my mom cari. I just follow the flow~ *ok. betapa tak berdikarinya aku ni :p hoho ! Semasa tengah bulan lima yg lalu, bermulalah hidup aku sebagai pekerja yg berkerjaya lagi berwibawa lagi berkarisma..hekhek. Aku telah bekerja di salah sebuah taska yg berhampiran dengan kediaman ku ini..TASKA QARDHAWI namanya. Bukan sebagai bibik okayy ! tapi sebagai pendidik mungkin ;) Ohh, they are sooooo cute ! but........ALLAH lebih mengetahui segalanya :( Sangat suka kerja di sana, tp agak stress lg tertekan la kan. Biasa lahh, berhadapan dengan kanak-kanak..Haha dulu pun waktu cuti SPM 2009 yg lalu, lebih kurang gak pekerjaan aku ni. Tp lebih specific kpd MENGAJAR di TADIKA..wee *tak lari dari kanak-kanak bak kata sahabatku. Hmm terasa malas pula nak cerita lebar-lebar. Kini, aku persembahkan raut-raut wajah untuk tatapan anda semua =)

taman permainan taska qardhawi

see, mak yati pun join the kids !

mak yati, amy, and naily on amy's ulangtahun
*time birthday memang BEST !

QASEH amalina suka ;(

aisy NAUFAL si melepak~

aqilah HUSNA si kenittt !

amy with ucop (^_^)v

najmi, ucop, ecah :)

kakak n adik
puteri n fitri

wan nur DINI a.k.a adik tembam aku !

RAUDHAtul fasihah si budak jepun ;p

ATIQAH si amoi :)

semangat tak semagattt

buat pe tu ucop oii ???

tetap senyum walaupun ketiadaan gigi :D

UZAIR zafran, haniff NABIL, YUSUFF zafran, meor NAIM, adam FARIZ
(^_^)v

mereka cinta kamera ! <3

Baiklah, ini baru sikit kanak-kanak yg aku tempek gambarnya. Ada ramai lg mereka di taska itu..Sekarang sudah masuk seminggu aku memperPENCENkan diri aku dr pekerjaan terhebat ini. ;) Miss all of you lahh !
Rindu nak main sama-sama, rindu nak makan sama-sama, rindu nak tidur sama-sama ! Haha paling penting, mesti korang rindu nak kena marah dengan akak kan?? :p

Lastly nak selitkan gak, betapa lagi sebulan je nak kembali ke PANGKALAN DODEK bak kata mamaku..hukhuk ! Mungkin begini aku jadi nanti >>> malas seperti miawww di bawah
.
.
.
ohh, IPTA ku ! =(

Sekian sahaja, THANK YOU !
Jaga diri and senyum-senyumlah selalu~ =)