Si Manis

13 August 2011

terima kasih thank you SYUKRAN

Assalamualaikum w.b.t

Sihat-sihat ya anda semua? Alhamdulillah, syukur dan segala puji-pujian hanya untukNYA ! Kita masih lg dikurniakan NIKMAT IMAN dan juga NIKMAT ISLAM *wehihiii rasa mcm tazkirah kat sekolah Hisamuddin dulu je..Maknanya, ingatan aku masih kuat la kan ;) Terima kasih ALLAH ! <3

Hishhh, pergilah kau wahai makhluk asing ke alam mu di sana !!! Kahkahkah apa kena ngena pula la dgn makhluk asing ni ek? Aku sendiri pun tak tahu..tahu sebenarnya, tapi saja buat-buat tak tahu..HAHA tolong la pergi ya? I'm begging you ! =0 Apa yg aku merepek merapu meraban mengarut ni wehh? Ahh, lantak la dgn itu..Aku sebenarnya tak tahu nak cerita apa. ngee~

Okay, td ikut mama and her geng to the carrefour..Then, biasalah kan of course la ada sesi persembangan antara mereka utk menghilangkan bosan di dalam kenderaan mungkin..Haha selepas itu, aku pun dgr dan mengikutilah kesah mereka tu..*bukan nak menguping yee..dahh mereka cerita, ak pun dgr je la kan..hek2

Mereka cerita tentang anak-anak mereka. Oppsss, aku bukan mahu memburuk + mengaibkan mereka tahu. Just nak ambil pengajaran dan teladannya sahaja. Tidaklah buruk perangai mereka itu, tetapi kurang memuaskan bagi aku. Apatah lagi jiwa dan perasaan ibu bapa mereka itu sendiri. Mesti kecewa lagi terkilan bukan..Biasalah, jiwa remaja lahh katanya..Hmm syukran ya RABB aku tidak sebegitu..Tp kita tak boleh terlalu yakin juga yg kita ini bagus utk selama-selamanya. Org yg jahat pun boleh berubah menjadi baik. Org yg baik pun boleh menjadi jahat dalam sekelip mata..Nauzubillahiminzalik ya ALLAH !

KAU peliharalah aku, mama abah, abang-abang, keluarga dan kerabat-kerabat aku, sahabat-sahabat, teman-teman, kawan-kawan dan seluruh umat islam di dunia ini ya ALLAH ! Aku terlalu sayang dan cintakan mereka..YA ALLAH, YA RABBI ! hanya KAU lah yg layak di sembah. ALLAHUAKBAR, ALLAH MAHA BESAR. SUBHANALLAH, MAHA SUCI ALLAH. ALHAMDULILLAH, segala PUJI hanya untukMU YA ALLAH !

YA ALLAH, janganlah KAU palingkan diriku ini terhadapmu ! Istiqamahkanlah diriku ini menuju jalan redhaMU YA RABB ! terima kasih TUHAN ku ! :)



0 Comments: