Si Manis

05 December 2011

Waktu

Assalamualaikum w.b.t

Apakah itu waktu?
Sebenarnya aku dapat idea nak buat post pasal waktu ni pun sebab hasil pembelajaran aku dan kawan-kawan di kelas Allughatul 'Arabiyyah tadi. #credit to Ustazah Manal bt Jusoh#

Maa hua al-waqtu? Al-waqtu hua 'umur.  Wa qaala Sheikh Al-Banna : "Al-waqtu hua al-hayaah !"
Haa apakah maknanya kawan-kawan? 
Ayat yang digunakan di atas simple-mimple je kan. hihii
Al-waqtu hua 'umur wa hayah ! Bi ma'naa, waktu itu adalah umur kita, kehidupan kita !
Bak kata pepatah, waktu itu ibarat emas. #eh, ke masa itu emas?# ngee^^

Cuba kita sama-sama bayangkan.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Dalam sehari Allah s.w.t menciptakan duapuluhempatjam sehari semalam.
Apa yang telah kita lakukan pada waktu itu? Adakah semuanya berfaedah dan bermanfaat?
Sama-samalah kita bermuhasabah diri |Astaghfirullahal'azim| :)

Apakah tugas kita sebagai remaja? Fikir-fikirkanlah.
Seelok-eloknya gunakanlah waktu yang diperuntukkan dengan sebaiknya dan penuhinya dengan segala kebaikan.
Kalau waktu untuk kita membuat perkara yang tidak berfaedah lebih banyak diluangkan dari perkara kebaikan seperti ibadah kepadaNya, apakah kesannya kelak kawan-kawan?
Ingatlah bahawasanya Allah akan menanyakan dimanakah hak waktuNya !
Cuba kita hitung, berapa lama atau berapa panjang waktu kita menunaikan ibadah seperti solat, puasa, berzikir dalam sehari jika dibandingkan dengan amalan-amalan duniawi yang lain.
Mungkin tidak sampai pun setengah jam. apatah lagi satu jam.
Yang selebihnya? Wallahua'alam.

Seperti pembelajaran aku tadi, ada dinyatakan bahawa pembaziran yang besar dalam hidup kita ini adalah pembaziran waktu. Membazir waktu adalah pembaziran yang lebih besar berbanding pembaziran harta.
Kerana apa? Kerana waktu itu tidak boleh berputar kembali. Tidak mungkin kita kembali ke masa yang lalu.
Jika kita membazir harta, mungkin kita mendapat buahannya. Mungkin kita akan mendapat kepuasan daripadanya. Mungkinlah~ ;)
Jika membazir waktu?


sura 103
Demi masa !
Sesungguhya manusia itu berada dalam kerugian.
Kecuali orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.

Akhir kalam, jagalah waktu dan masa kita kerana ia ibarat emas. Kerana ia adalah umur dan kehidupan kita.
Sama-samalah kita perbaiki diri kita mengenai waktu kita ini.
Kita hidup di dunia ini hanya sementara.
Adakah anda sudah bersedia dengan soalan-soalan yang bakal diajukan kelak?
Sama-samalah kita ingat-mengingati sesama manusia.
(^_^)y

0 Comments: