Hari ni nak share khibrah fasal HATI..hmm apa eh ceritanya? Haha aku pn tak tahu.
============================================================
Okay, tipu kalau aku kata aku tak pernah jatuh hati. Memang pernah, tapi jatuh cinta tu tak pasti la pula. Kalau setakat jatuh hati, jatuh jantung dan limpa tu selalulah juga mungkin..bhahaha ! Tipu lagi dusta semata-mata, sehidung-hidung je tu..ngee
Thoiyyibb ! Kenapa je ek dgn hati??? Hmm aku jatuh hati? Org jatuh hati dgn aku??? Haha lawak di situ..Yupp, aku mengaku aku pernah terlanjur dengan semua itu..Aipp, jgn fikir lain pula ! Astaghfirullahalazim~ Tapi tu semua dulu..Memang dia sendiri yg sudah menyedar dan mengingatkan aku bahawasanya ALLAH ADALAH SEGALA-GALANYA. Kepada dia, terima kasih dan semoga kau tetap dgn pendirianmu itu =) Namun aku dapati dia telah..................Hoho itu hanya perasaan aku sendiri mungkin kerana aku sudah mulai membenci dirinya? Entah lahh, ak juga tak pasti. Sesungguhnya ALLAH lebih mengetahui. Semoga kau bahagia hendaknya..Ok, 98% ! Yeahhh~
Sakit hati, perit lagi pedih kan kalau hati kita jatuh tak bersambut..hoho *ada eh istilah macam tu? :p ==' Apa rasanya kalau cinta putus? Hoho tidak mengapa la kan. Tuhan sudah menentukannya, DIA sedang mengujimu. Nahh, ada sedikit petua utk hati yg sedang bersedih, jiwa yg sedang berduka, minda yg sedang berkecamuk. Walaupun sedikit, ia amat berguna dan berkesan tahu..Just try and cuba and test ! ;)
Amalkan tasbih, tahmid dan takbir - Inilah petua yang diberikan oleh Rasulullah SAW kepada anaknya Siti Fatimah.
Berdoa - Mohonlah kepadaNya. Ingatlah, doa itu senjata bagi orang mukmin.
Sibukan diri dengan sesuatu - Lakukan aktiviti yang boleh melupakan segala kekusutan seperti perbanyakan membaca al-Quran & pelbagai bahan bacaan, terlibat dengan aktiviti usrah, kemasyarakatan dan sebagainya.
Luahkan perasaan anda - Bermacam cara boleh digunakan untuk meluahkan perasaan. Carilah seseorang yang paling anda percaya (sebaiknya yang ada pertalian darah atau orang yang arif dalam agama), menulis diari atau catatan harian, menulis blog dan sebagainya.
Senyum - Apabila berada dalam tekanan, cubalah untuk senyum. Senyumlah dihadapan cermin dan lihatlah diri anda yang sedang tersenyum. Ia mampu menenangkan fikiran dan hati.
Aku sudah cuba petua ini. Anda bila lagi? Hihi credit to i luv islam. *ciplak je mampu :p
serahkan hati dan cinta kita kpd yg SEBENAR-BENARNYA terlebih dahulu barulah kpd makhlukNYA ;) |
YA ALLAH, jika dia adalah jodohku
KAU jagalah hati-hati kami ini di bawah syariatmu
Jika dia bukan jodohku, KAU jauhkanlah dia dari penglihatan dan pemikiranku
dan jauhkan aku dari penglihatan dan pemikirannya ^^
AMIN YA RABB !
Semoga ALLAH mempermudahkan segala urusan kita..insyaALLAH~
Sekian utk kali ini. Terima kasih, syukran, thank you, dan lain-lain bahasa lagi ! :D
2 Comments:
terbaik la dud ! ;)
hihi =)
terima kasih atas puijan mu itu sahabat !
Post a Comment