Si Manis

31 December 2011

:'(

Assalamualaikum w.b.t
Astaghfirullahalazim.

Hari ini hari sangat sedih.
Mungkin sedih untuk kali yang terakhir sebelum menjejakkan langkah ke tahun hadapan esok.
Ya, tahun 2011 ini mungkin tahun kesedihan bagi diriku.
Moga tahun 2012 hadapan merupakan tahun kegembiraan buat diriku.
Dan sekarang sambil taip entry ini muka aku seperti ini


Dan akhirnya ianya juga seperti ini


Sambil air di hidung turut menitiskan airnya. Ya !
Seperti orang lain, aku juga tidak suka dibentak-bentak.
Tidak suka di marah-marah.
Hanya kerana bukan salah ku.
Kamu tidak layak memperlakukan aku begitu !
Aku juga cuba untuk tidak membentak dan tidak memarahi orang lain.
Tapi aku sering saja aku diperlakukan begitu.
Oh Allah !

Setelah aku diperlakukan sebegitu, hilang sudahlah semangat belajar dan semangat ulangkaji pelajaran aku.
Oh ya, tahun depan ini bersamaan 3hb Januari 2012 aku bakal menduduki Peperiksaan Akhir Semester Satu Tahun Satu.
Memang malam tadi aku sedih.
Tak sangka pula kesedihan itu bersambung ke hari ini.
Sudahlahhhhh~
Emakkk !

Aku tahu aku kuat hadapi semua ini.
Kesedihan ini memang sekejap je, beberapa jam lepas ini elok la tu. Ya, aku yakin !
Two is better than one. Because...
I can't live without You^^
 Dear Allah, thanks for everything 
Terima kasih semua.
Cuba membuka buku TITAS kembali.

0 Comments: