Si Manis

28 August 2013

Safely arrived. Alhamdulillah !


Assalamualaikum w.b.t


Hai uollssssss ! Macam mana kesihatan diri? Hati? Iman? :') Semoga selalu baik.


Punya sangat lama tak update entry baru. Niat nak update ada tapi tahap kemalasan yang amat sangat. Sampaikan entry last semester 4 pun takde. Bukan tu je, entry puasa, entry raya pun takde. Ishish.


Haa, safely arrived dari mana plak kan. Actually haritu tah berapa haribulan ikut abang balik Ganunggg. Duduk main-main jee dengan dua anak buah. Mak pun ikut jgak. Ehh this coming September, dapat baby baru. InsyaAllah semoga selamat semuanya. Yeahhh. Serupa aku plak yang pregnant :\


Anak buah yang baru dua orang | Zukrina Alia, Mulaikah Azmiah | Nakalnya bukan main lagi | Bijak Sungguh | Idea banyak


Dekna | "Ina dulu, Ina dulu!" | Dahlah tak reti buat peace | Haha


Tiket bas semalam | Batak je nak letak sini jgak :P


Bertolak balik dari Ganu sama-sama dengan mak malam semalam, dalam 10.15 malam camtu encik drebar bas mula memandu. Duduk kat belah atas seat depan sekali tauuu uollss. Serupa aku plak yang memandu. Jalan malam hari naik bas seram kott rasa. Laju je drebar bas tuh bawak. Takut amat sangat bila bas tuh ke kanan ke kiri bila lalu kat selekoh. Kat selekoh tajam lagi lah. Otak selalu je nak fikir tak elok. Takut drebar bas mengantuk laa caring sangattt, apa laa. Ishh tak kira naik apa pun, dekat or jauh, kalau Allah dah tentukan, KUNFAYUN jgak kan? Haa.


Sampai plak dalam pukul 5 pagi. Yang tak tahan tu, before sampai rumah, sempat membeli belah kat pasar borong plakk. Hew hew. Then Alhamdulillah semuanya selamat sampai ke rumah.


Sebenarnya kat entry ni nak ucap SELAMAT HARI AIDILFITRI MAAF ZAHIR BATIN. Tak ketinggalan lagi kan. Bulan Syawal lagi nii. Hihi.


Minal Aidil wal Faizin dari kuih raya yang dah habis dimakan oleh Mulaikah dan Dekna


Nak bagitau jgakk, dah nak masuk tahun 3, semester 5 dah. Lagi seminggu lebih je oii. Semangat semangat ! Walaupun result final haritu tak keluar lagi :D


Ehh | Apa nih? | Hehe | Kbai


Okaylah awok awok semuaaa. Jaga diri, hati, iman baik baik tauu. Wassalamualaikum 💕


"Say, "It is He who has produced you and made for you hearing and vision and hearts; little are you grateful." [al-Mulk : 23]  | Sama sama muhasabah |


Semoga sentiasa ada sinaran :))


28 June 2013

Rindu Pelangi

Assalamualaikum w.b.t.


Harini hari Jumaat.

Hari yang penuh barakah.

InsyaAllah.




Rindunya nak tengok pelangi.

Mana pelangi pergi?

Tercari jgak pelangi lepas turunnya hujan.

Jeles dengan awak sebab selalu dapat tengok pelangi. Kan awak kan? XD


Rindu masa kita bersama. Eh?

Tak tahu. Tak sangka.

Selalu je dia pesan jangan buruk sangka dekat orang.

Entah-entah perasaan je. Hmm.


Bila dah terbukti?

Ya Allah. Betapa aku sedih !

Apa aku dah buat?

Aku tak tahu. Aku tak perasan. :'(
Berjurai air mata depan mama yang seronok bercerita pasal kampung. Hampeh punya anak ! >.<


Takpe, "Take it easy. Make it simple". Dah lama tak guna word ni :))

 
Yakin ada hikmah. Allah ada. Jaga diri. Jaga hati. Jaga iman. Assalamualaikum.

 
Bulan lapan ni jadi ke? :/


21 June 2013

Habis Minggu Belajar


Assalamualaikum w.b.t


Diri?

Hati?

Iman?

*Jawab sendiri dalam hati*


Alhamdulillah, minggu belajar 1 - 9 Jun haritu dah habis.

Ni sekarang minggu peperiksaan plak. Peperiksaan sangat kannn.

Padahal dah tinggal satu paper je pun lagi. Hee.

Start dari 10 jun sampai last paper nanti 25 jun ni.

Kerana Allah jangan lupa ! :)

 
Jadual | Final Exam | Semester 4 | 2012/2013 | Eh?








AKHLAK DAN TASAWWUF
10/06/2013




PEMIKIRAN KREATIF DAN PENYELESAIAN MASALAH
12/06/2013




FAMILY LAW II (MUSLIM MARRIAGE)
14/06/2013




FIQH AL-MUNAKAHAT
17/06/2013




MABAHITH ADILLAT AL-AHKAM
17/06/2013




PENGAJIAN MALAYSIA
19/06/2013




QAWA`ID FIQHIYYAH
20/06/2013




PENGENALAN ILMU FALAK
25/06/2013




Nampakk, semuanya dah alhamdulillah selesai.

Tinggal satu je lagi kan.


Tengok yang ni plak. Ngee.

kemainn nak potong potong kat sticky note tuh :D

Bismillahi tawakkaltu 'alaAllah !

Mohon yang terbaik untuk semuanya.



Hmm. Babai. Jaga diri. Jaga hati. Jaga iman. Assalamualaikum.


Perlukan banyak masa bersama.


24 May 2013

RM50 @ ZALORA

Assalamualaikum w.b.t



Semoga kita semua sihat di bawah lingkungan rahmatNya.

Allahumma aaamiin \^.^/



Hihi.

Iolls dapat baucar RM50 percuma dari ZALORA.COM.

Lepas je amek bungkusan bungkusan sangatt :D dari pejabat Sutera Indah haritu, kemain senyum sampai tepi tudung. Eh?

Memang tunggu sampai 3 hari bekerja la kann baru dapatnya.

Macam yang pihak Zalora janji laa untuk wedges ni. Jadinya, takde lah nak stress tunggu menunggu. Ye dak? Hee.

Kalau uolls nak beli apa-apa kat situ, check betul betul yee. Saiz kee, tempoh penghantaran ke apa kee.

Haa. Memang cekap dorang ni.

Memang tak mungkir janji betul. Baguss ! Ni bodek ke apa? =='



Nak tauu apa yang iolls beli untuk baucar RM50 ni?

Ini diaaaaa.



Haa kauu, kemain besar :'P



Comfort sangat kasut Le Sandee ni.

Sangat selesa uolls. Ada beza ke comfort dengan selesa? -.-

Tak rasa menyesal pun beli. 



Best tauu kasut nii.

Puas hati betul. 

Zalora pun okay what. Hikk.

Dah lah beli wedges ni guna baucer free. Bukak je kotak kasut, supriseee ! Ngehh.

Siap dapat plak gift card 10% off.

Hebat sungguh.

Siapa yang tak dapat 10% tuu jangan jeles yee :P



Moh lerr kita reramai ber-shopping, membeli-belah kat ZALORA nii.

Berbaloi-baloi uollss.

Dah lah selalu buat diskaun.

Kalau kita subscribes pun, dapat lagi ganjaran.

Check email selalu tauu. Harini dapat satu lagi email dari ZALORA, dapat 15% off diskaun plakk. 

Tapi just for this weekend jee. Rasa rugi plak kalau tak guna. Aihh.

Yang 10% ni pun tak guna lagi. Dapat plak lagi 15%. Pehh.

Hari Rabu haritu dah terlepas 15% off for 1 hour.



Okay, puji melambung sangat dah ni.

Kesimpulannya, use you money wisely.

Nahh, entry tambahan !




 Sekian terima kasih.

Wassalamualaikum :))



Panjang plak entry ni. Perempuan kann ;D

 

13 May 2013

SPARK '13


Assalamualaikum w.b.t



Sihat ye semua?

Bagus bagus (Y)

Alhamdulillah.



Tahukah anda apa itu SPARK?

Penyepak nak? Aihh, kasar bahasa :/



Okay okay, ampunn.

SPARK tuu stands for Seminar dan Pameran Produk Kreatif.

Kat kampus ni haa.

Seminar sangat uollss. Kuikui.



Pameran gteww. Produk-produk yang amat kreatif okayy.

Lebih kurang 100 something gak lah semua team yang join. Ramai woo.

So, my team buat website jee.

Ini dia website kitorang, bawah kategori Science and Technology <egelandangan.com>

Facebook pun ada uolls. Twitter apa lagi kann ;D

Jemputlah jenguk.


Kreatif tak? Hehe.

Poster ada. Tapi tak sempat nak snap-snap lagi -.-



Start kemain awal pagi. Habis pun kemain lewat petang.

Penat, letih, gembira, semua ada. Gembira ada makna tuh. Haha.



Dan yang tak disangka sangat-sangat <egelandangan.com> telah memenangi tempat kedua untuk kategori Science and Technology tadi tuu.

Itulah yang gembiranya. Hee.

Alhamdulillah.

Seriously, langsung tak berharap pun kot nak dapat hamper nih.



Curik gambar Peah :'P


Plannya nak ke SIC plak.

Takpe, nanti iolls ceita lain pasal SIC nih. Hew.

Apa pun bersyukurlah anda, Alhamdulillah !



#Ar-Rahman


Dapat rasa jurang itu :(



04 May 2013

03-May-13


Assalamualaikum w.b.t



Semoga semuanya sihat-sihat belaka.

Entry ni takde kena mengena dengan 05-May-13 yee.

Still 03-May-13 lagi kan? Ngee.

Walaupun hakikatnya dah 04-May-13 :'p



Eh ehh. Special dedication nih. Hihi.

Selamat ulangtahun kelahiran.

Please jangan lupakan aku.


 
 
 *apa maksud tooth tuh?* >.<


Semoga sentiasa di bawah rahmatNya.

Semoga diberikan kesihatan yang sempurna.

Semoga dipermudahkan segala urusan
 
Semoga murah rezeki di dunia dan di akhirat.

Semoga berjumpa lagi kita. Eh?

Allahumma aaamiin ! \^.^/



 


 
Cepat semua, doakan kesejahteraan untuk hamba Allah ini.

Terima kasih, jumpa lagi.

  
Nak ros merah hidup ! :’)



30 April 2013

Kakak

Assalamualaikum w.b.t



Diri?

Hati?

Iman?

*jawab sendiri dalam hati*



Haritu entry pasal abang -.-

Hmm. Harini entry pasal kakak plak.

Ya, aku takde kakak.

Ada sorang kakak, tapi kakak ipar.

InsyaAllah ada rezeki ada lah lagi nanti kakak ipar dan kakak ipar.



Tatkala tika ini, kemain words kauu --' notes CTPS mula bertempiaran. Test online woo.

Journal Family Law entah kemana.

Malaysian Studies apa cer uolls?! :'O

KEEP CALM, ESOK CUTI !

ALLAH ADA :))






Hehh, rasa nak menyorok dari kakak tuh :/
 
Ish. Suddenly blur plak nak ceghita pasal kakak tuu. Haihh.

suddenly gteww :D
 


Entry tergantung.

Ada plak yang kesah?

Sampai sini jelah.



 Rindu en. Meskam.
Rindu nak ber-boling padang. Hew hew.


Babai. Jaga diri. Assalamualaikum.



Maaf, kalau tak se-serasi dulu :(



20 April 2013

Abang

Assalamualaikum w.b.t



Apa khabar diri?

Apa khabar hati?

Apa khabar iman?

InsyaAllah bikhair.


By the way, entry nih tak sepenuhnya pasal abang pun :D

Aku ada abang. Dia ada abang. Kau pun ada abang.

Dan yang pasti aku ada abang, abang, dan abang.

*nak abang sorang lagi boleh?* Hihi.



Nampak macam cool. Nampak macam tenang.

Rasa nak bawak mak datang sini. Boleh tak? :(



Macam ada ujian. Macam ada masalah.

Ujian? Masalah?

Hmm.





Habis cuti midterm haritu hari Ahad.

Tapi balik kampus hari Isnin paginya.

Petang Isnin tu dah menggagau cari mak.

Rasa sayu. Rasa sedih. Rasa nak balik rumah. Dan rasa nak menetap terus kat rumah tu.



Tapi aku ada tanggungjawab. Perlu berjihad di medan ilmu.

Semoga terus di dada, diberkatiNya di dunia dan di akhirat.

Supaya dapat berbakti kepada mereka nanti.

INSYAALLAH.



Harap insan yang aku sayang terus kuat.

Ujian ni tanda Allah rindu.

Allah takkan uji kita lebih dari kemampuan. Kan?



Adik beradik aku ke nih? :O


Mak, anak mak semua dah besar.

Irah nak mak tengok kejayaan Irah nanti.


Hihi.

Ehh, doa seorang ibu tu sangat kuat kan?



Rindu Kodek aku.



19 April 2013

Ku Ada Mu

Assalamualaikum w.b.t



Semoga sentiasa diberkati dan di bawah rahmahNya.

Diri, hati, dan iman juga harap terus sihat.



Hmm.

Kadang-kadang kita selalu lupa apa yang kita ada.

Selalu ingat apa yang kita takde, apa yang kita kurang.



BERSABARLAH DAN BERSUKURLAH !



Apa yang penting, kita ada Allah.

Tuhan Yang Satu.

Tuhan Yang Esa.

Tuhan Yang Maha Besar.

Tuhan Yang Maha Penyayang.

Tuhan Yang Maha Mengetahui.

Dan Tuhan Yang Maha Segalanya.






Apa-apa pun yang kita kurang dari orang lain, syukur, Alhamdulillah !

Kerana KU ADAMU, ALLAH !

\^.^/
terima kasih mak :)



29 March 2013

Syukur.

Assalamualaikum w.b.t.



Same questions in every new entry :)

Apa khabar diri?

Apa khabar hati?

Apa khabar your imaan?

Semoga Allah peliharanya.



Syukur, syukur, syukur.

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah !

Ala-ala "listen, listen, listen" gteww. HAHA.



Currently in 4th semester. Lambat gila update -.-

Nak midterm dah pun next week nih.

Whoahh, cuti ! :'D



Syukur, Alhamdulillah atas segalanya.

"Kerja banyak?"

"Assignment melambak?"

Stop complaining !





Thank you.

Murah rezeki, panjang umur, jumpa lagi.

Wassalamualaikum w.b.t.



Harap yang indah selalu ^.^v



10 February 2013

Kek Batik untuk Tersayang


Assalamualaikum w.b.t



Semoga diri, hati dan iman kita sentiasa baik dan dipeliharaNya.

InsyaAllahu bikhair.



Hihi.

Sebulan cuti akhir semester tiga duduk melepak kat rumah abang kat Terengganu Darul Iman. Duduk melepak la sangat. Pheww.



Dah lama terfikir nak buat kek batik.

Sebab dah lama tak buat. Eh?

Haritu lepas hantar kak Ma pergi kursus cikgu-cikgu sekolah, singgah Sabasun jap.

Beli barang dapur segala. First time woo, beli ayam, ikan, sayur-sayur sendiri. Ishh. Kejutan budaya kott. HAHA. 

Dah alang-alang kat situ menyempatlah mencapai along-along bahan-bahan nak buat kek batik XD



Capai apa je pun.

Biskut marie, susu pekat manis and butter.

Milo dah ada menunggu kat rumah.

Okay, bahan-bahan done dan dijamin halal lagi bersih ! Heww.



Dan petang harini baru berpeluang nak buat.

Senang je kot, sekejap je. Orang berlagak memang camtu >.<



Selesai proses mampatan :'D


Simpan dalam peti ais dulu.

Baru berapa minit, Mulaikah dah sibuk nak makan. Berperang jgak sebab nak pertahankan kek nih. Haha.

Hampeh punya budak.

Last-last minta susu -.-



Ini diaaaa, kek batik untuk tersayang ! ♥ ♥ ♥ :'P


Hehe.

Okay, ini aje.

Sekian, terima kasih.

Murah rezeki, panjang umur jumpa lagi.

InsyaAllahu ta'ala :))


*Nanti nak try chocolate moist cake resepi mak Sameerah Abd Sani plak. Wee*