Assalamualaikum w.b.t
Sihat semua?
HAHA
Semalam takde mood nak taip entry. Dan hari ni mokcik taip entry pasal apa plak ni?
Haa, ewah ewahhh !
Haa, ewah ewahhh !
takde siapa pun lagi lahh yang ajak mokcik bertunang. ;p
So, siapa yang boleh jawab soalan mokcik kat tajuk entry ni?
Bagilah pandangan korang sekali kalau sudi.
Hmm, mokcik rasa takde apa function nya pun tunang tu. Just adat orang Melayu je.
Tradisi turun-temurun, sebelum kahwin kena merisik. Then bertunang, barulah kahwin.
Am I right? ;)
Kalau yang dok bertunang tu plak bertahun-tahun lagi lah kerja gila. Sebelum bertunang pun dah kenal banyak tahun. Huwaaa baik bina masjid terus. Kan?
Dalam lamanya perkenalan antara lelaki dan perempuan tu pun dah berapa banyak dosanya.
Na'uzubilllahi min zaalik.
Pastu majlis bertunang tu plak grand gila tak tahu tahap apa nak bagi.
Ya, sesetengah mereka adalah yang terlebih mampu.
Kalau kahwin mesti lagi grand ! Hooo
Ya, sesetengah mereka adalah yang terlebih mampu.
Kalau kahwin mesti lagi grand ! Hooo
Bertunang tu tak menjanjikan apa pun. Still belum ada ikatan yang sah. Still dikira maksiat sekiranya berdua-duaan dan berkasih-kasihan serta bersayang-sayangan.
err, geli plak mokcik :P
Pernah dengar kan ayat ni?
"Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)."
Al Israa' : 32.
Kesimpulannya dari mokcik, kalau dah berkenan kat seseorang tu teruslah masuk ke rumahnya. Ohh, maksud mokcik, beranikanlah diri pergi ke rumahnya dan minta restu ibu dan ayahnya. Teruskan niat untuk terus menikahinya. InsyaAllah dipermudahkan.
Haa, yang tu lebih afdhal untuk kaum lelaki la ya. Baru nampak yang korang tu gentle, macho, sweet plakk ! Haihh^^
Apa salahnya kahwin sebelum bercinta kan?
Bercinta selepas kahwin.
Itulah yang dianjurkan Islam untuk umatnya :)
"Wahai kaum pemuda, siapa saja di antara kamu yang sudah sanggup untuk menikah, maka menikahlah. Sesungguhnya menikah itu memelihara mata dan memelihara kemaluan. Maka bila di antara kamu belum sanggup untuk menikah, berpuasalah. kerana sesungguhnya puasa tersebut sebagai penahannya."
Sama-sama perbaiki diri kita.
Ini hanya pandangan mokcik je.
Harap takde yang berkecil hati, berbesar marah ye. Huhuu
SINI pun ada penerangan panjang, besar dan lebar.
_______________________________________________________________________
Semalam punya semalam mokcik mimpi yang tah apa-apa tah.
Hmm, boleh tak kalau mimpi tu tak merepek? Hee
#memang sah, mimpi tu mainan syaitan yang direjam !
Ohh ya, hari ni hari ni hari apa?
Valentine's Day???
Salah salah, hari Selasa la kan? ^^v
2 Comments:
makcik , sy mohon makcik cpt lahh kawen !
tunang2 kejap2 suda laa nak saling kenal2 kann :')
mcm puan farhan ^_^
amal > mokcik pun mohon begitu.
doakanlah yee. haha
kalau nk tunang jgak, satu jam sudah laa.
amek nafas jap sebelum dengar lafaz akad..keh3 ;p
Post a Comment