Si Manis

30 August 2012

Cecampur

Assalamualaikum w.b.t



Semoga diri, hati dan iman kita semua sentiasa sihat wal-afiat.



Mata terkebil kebil uolls o,O

*Sambil bermain kiss terbang bersama Dekna :*



Raya? Taqabbalallahuminaawaminkum !

Lama tak post entry kan.

Malas.

Ni pun sesimple jee.



Sekarang masih menghabiskan cuti semester di Terengganu Darul Imangg.

Semester baru kedengaran memanggiil.
*Okay, tipu :\

Satu minggu lagi woi !



Okay babai.

Wassalamualaikum ;3



*kuih ini lazat*

posted from Bloggeroid

18 August 2012

Happy Eid Mubarak

Assalamualaikum w.b.t






Cepat sungguh masa bergerak kan.

Ramadhan berlalu.

Syawal berkunjung tiba.



Amalan-amalan kebaikan di bulan ramadhan jangan terus dilupakan yee.



Simple entry je ni.

Mohon maaf rerakans semua.

*maaf bukan time raya jee :')



 TAQABBALALLAHU MINNA WA MINKUM 
"may Allah accept (the good deeds) from me and you"



What You Say #12

Assalamualaikum w.b.t






Faham?



Ramadhan berlalu pergi.

Syawal telah pun tiba.

Ramadhan tahun hadapan?

Semoga dapat bersamanya lagi.



17 August 2012

Bersedekahlah dengan Bijak

Assalamualaikum w.b.t



Sila ikhlaskan hati. Jangan mahukan balasan !



Jangan niat nak menunjuk-nunjuk dekat orang lain yang kita lah yang paling budiman dan yang paling dermawan. ehh.



Sedekah secara sembunyi lagi afdhal ibarat "tangan kanan memberi, tangan kiri tidak mengetahui."



Barulah berkat harta itu di dunia dan akhirat.



Berlipat ganda yang akan kita peroleh nanti. InsyaAllah.



Senyum pun sedekah kan? (^___^)y




#SEDEKAH TIDAK MENGURANGKAN HARTA, BAHKAN MENAMBAHKAN LAGI.



15 August 2012

Kelima Hari

Assalamualaikum w.b.t



Marilah kita meng-update entry. marilah kita makan gula-gula H A C K S ! =='

Haha, giloss !



Apa yang kelima?

Demam mama hari ni dah masuk hari yang kelima.

Pagi tadi still macam tak beransur lagi.

Jalan pun terhuyung-hayang :(






Masa nak dekat raya gini ramai laa customer datang nak ambil baju.

Tapi?

Kesian dorang.

Bajunya tidak siap sepenuhnya.

Lubang butang yang masih belum dilubang.

Serta baju yang belum siap disembat.

Tapi?

Mokcik lagi kesiankan mama mokcik.



Serius, pagi tadi mama try habis-habisan nak sembat baju customers.

Tapi sekejap jee.

Mama sejuk, geletar.

Takpee, insyaAllah, sakit tuu penghapus dosa.

Kan?



"Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya" #Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)



Petang tadi mama pergi hospital takut syak denggi.

And Alhamdulillah, takde pun :')



Guess what?

Malam ni tadi kami dah boleh berbual-bual dengan riangnya seperti biasa (Y)

Nampak semakin beransur demam itu lepas makan ubat hospital.

ubat klinik hari tu? entah~



Mama cakap:

"InsyaAllah, esok mama sihat la ni." :)

Hihiii like sangat-sangat !



Terima kasih semua  terima kasih Allah \(^_^)/



*memang betul, kalau keadaan terpaksa, apa yang kita tak tahu pun akan jadi tahu* ngee



13 August 2012

Kad Raya Aidilfitri

Assalamualaikum w.b.t



Ada orang kira tak berapa hari mokcik tak post entry baru? Okay, tahu takde yang kira -.-

Malam ni pun saja nak post entry nak bagitahu kat uolls semua, yang mokcik dapat kad raya uolls !
pehh, riak lagi bongkak lagi takabbur !



Hekhek, dapat kad raya ni haa, dari cik Amal.

E-card gteww. Ngee






Haa, omeyy kan? :')

Dia ni star bling bling buat doodle moodle ni.

Mokcik pun pernah buat sekali percubaan jee.

Last-last give up. #aptb

Btw, terima kasih cik Amal, mokcik suuuuka sangat !



Nak raya dah eh?

Seriously mokcik tak rasa excited langsung nak raya. Teruja lagi la tak.

Hmm, takpelah.

Mohon raya tahun ni amat bermakna buat mokcik.



Syawal nak datang.

Ramadhan macam mana?

Siapa tahu, Ramadhan ni adalah Ramadhan terakhir kita?

Jom, muhasabah semula !



#JAGA DIRI, JAGA HATI, JAGA IMAN.



10 August 2012

Demam

Assalamualaikum w.b.t



Currently in my room.



Bukan mokcik yang demam, tapi mama yang demam.

Rasa sedih tengok mama demam :(

Buat apa pun rasa tak seronok !



Malam tadi terdengar keluhan mama.

Hati ni dah rasa dahh, mesti ada something yang berlaku.

Tapi duduk diam jee dalam bilik >,<



Bangun sahur.

Tengok mama macam okay.

Lepas bersahur, mama cerita:

"Malam tadi tah kenapa tiba-tiba mama menggigil-gigil kesejukan."
"Mama tutup kipas."
"Tak pernah-pernah camtu."



Mama cerita tapi time tu macam sihat jee.

Otak ni fikir,

"Oh, mama takde pape kott. Maybe malam tu jee."



Lepas solat Subuh, mama tidur.

Mokcik pun ketiduran. Ngee ;D



Mama gerak mokcik.

"Mana surat yang nak dipos tu?"

Mokcik pun bagi.

Memang dah deal dengan mama semalam yang mama nak tolong tampalkan setem and masukkannya ke dalam peti di hadapan pejabat pos. baiknya ayat.

Alang-alang mama nak bayar bil katanya :)



Balik tuu, mama tidur lagi.

Mokcik duduk dekat mama.

Badan mama panas :(

Mama betul-betul demam !

Tapi mama tak buka puasa pun (Y)



Urut mama sikit.
Tolong pape yang patut.



Lepas Asar, nak siapkan juadah berbuka puasa plak kan.

Mama nampak tak larat.

Tapi digagahkan juga dirinya.



Mama minta tolong mokcik ambilkan serai kat tepi rumah.

Then pergi kedai wak Din belikan mama Panadol.

Oh ya, mama minta belikan tembikai jgak.

Tekak mama pahit katanya.



Syukur Alhamdulillah, selesai.



Semoga cepat sihat mama !



Iftar dengan rerakans sekolah rendah pun dibatalkan.

Kesian nak tinggalkan mama.

InsyaAllah, next time kan ada ^^V




Bila mama tak sihat, seisi keluarga ni pun senyap jee.

Macam tak sihat jgak. Hukhukk.

Jahitan mama pun banyak lagi tuu.

Raya nak dekat.



03sakit_hadith_finishsmall.png (1024×768)



* ini adalah nukilan seorang anak kepada mamanya. ngee
jangan ada yang benci okay * :')



08 August 2012

Tetap Istiqamah

Assalamualaikum w.b.t



Semoga diri, hati dan iman kalian sihat sejahtera 



Yaa, untuk berubah memang mudah lagi senang. Harapannya berubah ke arah kebaikan la yee :)
Tapi bagaimana untuk mempertahankannya?







َاَللَّهُمَّ مُصَرِّفَ الْقُلُوْبِ, صَرِّفْ قُلُوْبَنَا عَلَى طَا عَتِك
(Ya ALLAH, Tuhan yang mengarahkan hati-hati, arahkanlah hati-hati kami untuk taat kepadaMU)َ


اَللَّهُمَّ يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوْبِ, ثَبِّتْ قَلْبِيْ عَلَى دِيْنِك
(Ya ALLAH, Tuhan yang membolak-balikkan hati-hati, tetapkanlah hatiku pada agamaMU)







#SEMOGA KITA DIPELIHARANYA



07 August 2012

05 August 2012

Oh, BASKIN ROBBINS !

Assalamualaikum w.b.t



Petang-petang puasa gini cerita pasal ice-cream plak kan. Baskin Robbins woo.
Haihh, kempunan plakk.



Eh, tak.
Ni TUTTI FRUTTI. Huwaa.


Kecoh dah kann, kalau Malaysia dapat pingat emas dalam Olympic2012 ni, kita rakyatnya dapatlah makan Baskin Robbins dengan seronoknya secara percuma ! :'O
First pingat emas tu membanggakan woo untuk Malaysia.
Mana taknya, hari-hari mokcik tengok senarai negara beserta pingat-pingat yang telah mereka kumpul, tapi Malaysia? Hmm satu haprak pingat pun takdak lagi.



Harapannya? Harapannya adalah DATUK LEE CHONG WEI yang akan berentap di gelanggang badminton pada malam nanti. ayat kemaruk nak makan eskem free.



Kena grab ni. walaupun 8 Ogos nanti tuu masih dalam mood puasa Ramadhan.
Alaaa, lepas berbuka boleh lagi. Ye dak? Haha. Dari 8.00AM till 10.00PM.




Hahaa, penat dah aihh mokcik membebel tah apa-apa ni.
Main pointnya cuma nak makan Baskin Robbins percuma je punn. jahat lagi kejam !






#GO MALAYSIA GO ! ;D



“Jom Masuk Bloglist OGOS Santai Leeza”


Assalamualaikum w.b.t





Hahai ! Bloglist again by cik Leeza. Ngee.
Cepat cepat, tarikh tutupnya 14 Ogos 2012 ni pukul 11.59 PM.



Kindly click banner kat atas tuu untuk join sekali. Heu heu.
Terima kasih ^^v



04 August 2012

What You Say #10


Assalamualaikum w.b.t


Fibox kat sebelah kanan tu unfuction la plak dari hari apa tah. Not available katanya. cepuk kang !
Kesian mereka yang nak tinggalkan kesan tapak kaki kan. Wuu bajet pemess. sila jangan marah mokcik okengg :)



Macam biasa,

#JAGA DIRI, JAGA HATI, JAGA IMAN.



"Segmen : Bloglist Ogos Permata Perjuangan"


Assalamualaikum w.b.t








Haa lama sungguh rasanya mokcik tak join segala segmen, bloglist, contest yang ada kat alam maya ni.
Hari ni nak join bloglist yang ini.



Sesiapa yang nak join gak, sila-sila lah yee click banner kat atas tu.
Btw, sampai 5 Ogos je ni. Hari ni dah 4hb Ogos. cepatnya masa.
InsyaAllah dapat kenalan baru nanti, kan? Hekhek



Terima kasih semua :)



01 August 2012

Rindu Bebudaks Nihh


Assalamualaikum w.b.t






Hmm tetibe rindu bebudaks kat TASKA QARDHAWI ni. Tempat mokcik cari rezeki dulu lepas Tamhidi sambil menunggu masuk Ijazah :)



Bila ditanya kembali,

"Nak kerja kat situ lagi tak?"



Jawapannya,

"Hehee, macam taknak jee." Jawapan qias takut ada yang terasa.



Bukan apaaa, letih woo jaga dorang ni. Last-last mokcik yang tidur. HAHA



Apa daaa, mana ada kerja yang mudah dan tak letih kan? Ish2.
Kena usaha lebih laa.



"Hai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan, kerana sesungguhnya syaitan itu asalah musuh yang nyata bagimu." #al-Baqarah: 168






Okbai. Wassalam.



#JAGA DIRI, JAGA HATI, JAGA IMAN.