Si Manis

24 January 2012

Program Sokongan Bahasa Kedua.

Assalamualaikum w.b.t

Esok kami pelajar IPTA di Nilai, Negeri Sembilan ada Program Sokongan Bahasa laaa.
Ada dua bahasa actually.
Al-Lughatul 'Arabiyyah dan English Languange.

Program Sokongan Bahasa = Learning Support Program.

But, i just to attend for the program of arabic language. Wehiiii :')
|berniat untuk menghadiri program itu dengan ikhlas|
Ilmu tuu.

Apa maknanya semua ini anak-anak?
Means that, i must go to the hostel today.
Hee >_<!

Takpe-takpe, mokcik pergi seminggu je.
Nanti kita sambung tiga minggu lagi cuti ya.

Mokcik ingat mokcik takmau lah bawa komputer riba mokcik ni.
Boleh tak?
Haha mesti boleh.
Malas la nak bawa.
Banyak kes kehilangan.
Takut komputer riba mokcik jadi mangsa yang tak bertuah pula. huhuuu

Imagine that, start from 8 a.m until 6 p.m the program.
Siapa nak jaga komputer riba mokcik?
Itu yang mokcik risau tu.

Keputusannya mungkin muktamad untuk meninggalkan komputer riba ini di rumah.
Bermakna, tiadalah entry baru untuk masa satu minggu ini. :P
Just wait okay.

Jaga diri semua.
Bai bai, Wassalamualaikum !

ini bukan tapak tangan mokcik.
sekian~

23 January 2012

Apa Tajuk?

Assalamualaikum w.b.t

Huhh? traffic tak sesak lah hari ini kat blog mokcik.
|bajet selalu sesak r kat sini. ingat jalan raya?| HAHA

Mokcik update blog hari ini, hari sudah jauh ke petang.
Ini namanya tiada idea dan sumber untuk dikongsi.

Ini sahaja untuk hari ini okay?
Okaylah, bai bai.
Wassalamualaikum !

"There is a polish for everything that takes away any rust.
And the polish for the heart is the remembrance of ALLAH."

22 January 2012

Bakal Isteri.

Assalamualaikum w.b.t

Hello hello Assalamualaikum !
Bukan mocik yang nak cari bakal isteri ya.
Kalau makcik mestilah nak cari bakal suami. Haiyyyoooooo

Mokcik ni panggil je mokcik.
Tapi belum kahwin pun lagi. HAHA

Lately, masuk fasa universiti ni ramai orang-orang di luar sana dan kawan-kawan seperjuangan sibuk bercakap dan berkata mengenai CINTA.
Sibuk berpasangan bagai kan.
|apa? ingat mokcik jelesss ke???| ewww
Tak sabar nak kahwinlah tu. Wiwweeetttttt~

Yang ini untuk mokcik : "tanak nasi pun kadang-kadang terbubur, kadang-kadang terkering. ada hati nak jadi isteri orang."
I'm not ready yet lah pokcik ! :p
InsyaAllah satu masa nanti.

Kepada kawan-kawan di luar sana yang memasang niat untuk membina masjid, Alhamdulillah segerakanlah.
Mokcik tahu, you all mesti dah ready OneHundredOne percent kn?
Congrats !
Bagi yang nak bina masjid di usia masih menuntut ilmu pun baguslah tu.
Mokcik sokong you all tepi depan tengah belakang dan atas. Hehee
Ada pro and conts nya.
Kan kan kan? :')

Bagi kawan-kawan wanita mokcik, [err, wanita?] jangan terlalu sibuk mencari bakal suami yang baik yang soleh je.
Sebaiknya kita cuba dulu untuk jadi yang terbaik dan solehah untuk bakal suami kita itu.
Betoi dak?
#haa, yang jejaka pun sama !

Baca ini :

"Perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat ; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat) ; mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia."
|an-Nur : 26|

DemiNya ku tinggalkan mu sementara.
Walaupun diri ini sukar untuk melupakanmu.
Namun apakan daya.
Dialah segala-galanya.

Biarlah kita berpisah dahulu.
Membawa hala tuju masing-masing.
Menggapai cita-cita.
Bila tiba saatnya, kita pasti bersua !

Di saat itu aku sedia menerima mu sebagi teman hidupku :')

omeyy lah kartun nihh.
click lahh.

21 January 2012

terkejut plus terharu !

Assalamualaikum w.b.t

Hehee, nak tahu tak.
Ada seorang blogger ni buat entry sempena follower beliau yang ke SERIBU.
Guess what?
I lah follower yang bertuah tu.
Hohooo malu sangat ni.

Dia letak link kita sebesar-besarnya tahu kat situ.
Then siap letak nama kita beserta dua garisan di bawahnya lagi.
Mana tak segan ! huwaaaa

Tak percaya?
Meh tengok sini.

Dah masuk blog dia follow la sekali kalau boleh.
|hehee, nak juga balas jasa awak niera^^|
Beratus, beribu, berjuta thanks la untuk awak. ngee

First time ada orang buat entry pasal kita. Tu pasal over excited :')
|sampai terlupa yang saya ni mokcik| HAHA

Terima kasih semua.
Syukran Allah !

meninggalkan dunia.

Assalamualaikum w.b.t

"Kring..kringggg !"
Nada telefon rumah mokcik berbunyi.

Dengan kadar yang pantas mokcik mengangkat ganggang telefon.
Di hujung talian : "hello, mama ada?"
Mokcik : "ada, sekejap ya."

Mama : "huhh? innalillahi wainna ilaihi raji'un."
Hi hujung talian : "bla bla blaaaa~"

Sekarang mama bergegas untuk menziarahi keluarga arwah.
Mudah-mudahan semuanya selamat dan dipermudahkanNya.

Apa yang mokcik nak kongsi sebenarnya ni anak-anak?
Alaa point nya easy jee.

Setiap manusia di dunia ini pasti akan melalui fasa kematian dan bertemu dengan penciptanya.

Cuma tak tahu bila masanya tu kan.
Sama-sama muhasabah diri.

"Setiap yang hidup pasti akan merasai mati..." (al-Anbiya': 35)

"Dan Allah sekali-kali tidak akan menangguhkan (kematian) seseorang apabila datang waktu kematiaannya. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan." (al-Munafiqun: 11)

Ya Allah, Kau panjangkanlah umurku supaya aku dapat meminta dan bertaubat kepada Mu.
Kau panjangkanlah juga umur kedua ibu-bapaku supaya dapat aku berbakti kepada mereka.
Dan Kau matikanlah kami dalam keadaan yang beriman.
Aminnn !

20 January 2012

hari ini hari Jumaat

Assalamualaikum w.b.t

Hari Jumaat singgah lagi dalam hidup kita semua anak-anak kan.
Alhamdulillah ! :)

Entry kali ni bukan untuk hari Jumaat sahaja ya anak-anak.
Hari apa-apa pun boleh ;)
Hmm let's talking about "problem".
Siapa kat sini tak penah ada problem a.k.a masalah?
Haa, tipu tipu !
Mesti anak-anak semua pernah ada masalah kan walaupun sekali.
|macam tipu je sekali| ;p

Hatta anak-anak kecil pun ada masalah bukan?
Betullah, mereka itu pun mempunyai masalah.
Masalah-masalah anak kecil :
$bergaduh tak sudah-sudah dengan adik-beradik sendiri$
$berebut hendakkan mainan yang sama$
Haa, masalah la tuhh. huahuahuaaa

Stop stop !

Meh baca dan hayati maksud yang terkandung dalam Surah Asy-Syarh ni.
Kita ni kadang-kadang sering lupa dengan nikmat dan kasih sayangNya.

Bukankah Kami telah melapangkan untukmu dadamu?
Have We not expanded for you your breast.

Dan Kami telah menurunkan bebanmu daripadamu.
And we remove from you your burden.

Yang memberati tanggunganmu.
Which had weighed  upon your back

Dan Kami telah meninggikan bagimu (sebutan namamu).
And raised high for you your repute.

Maka sesungguhnya bersama kesukaran ada kemudahan.
For indeed, with hardship (will be) ease.

Sesungguhnya bersama kesukaran ada kemudahan.
Indeed, with hardship (will be) ease.

Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain).
So when you have finished [your duties], then stand up [for worship].

Dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap.
And to your Lord direct (your) longing.

See, dua kali Allah ulang ayat yang sama "sesungguhnya bersama kesukaran ada kemudahan."

"Dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap."

\(^.^)/

1st Perfume Giveaway by Drastiq Perfumes

assalamualaikum w.b.t


Hihiii hari ini mokcik join "giveaway" by Ainal Malas Diet.
Agak-agak ada peluang dak mokcik nok menang and grab all the perfumes? |all ke???| ;p

Ni mokcik nak cerita sikit pasal perfumes yang mokcik selalu guna.
Mokcik takde favourite perfume pun actually.
Bagi mokcik, asal wangi, sweet sahaja bau yang dihasilkannya, mokcik akan tibai ! HAHA
Baby Perfume Powder pun mokcik tibai kadang-kadang. ngee
|hari tu pakwe mokcik "give" and mokcik "take" satu perfume yang jauh diimport| Over !^^

Baiklah, thanks to Amalina Nadri because tagging me.
Now, i nak tag tiga orang istimewa ni pula ;)

Anak-anak yang lain kalau mahu sertai juga boleh la klik dekat banner di atas.
Thank you. =)

19 January 2012

Sheero Shiro Shero Syiro Shiero

Assalamualaikum w.b.t

See, mokcik meng-hadap blog sambil meng-hapdate entry again ;D
|abaikan kesalahan ejaan kt situ|

semangat mokcik, siap search dekat Google Image lagi.


Setelah mokcik teliti-teliti.
Seusai mokcik kaji dan kaji.
Telah mokcik dapati bahawasanya ramai juga wanita di luar sana yang menggunakan nama gelaran Sheero Shiro Shero Syiro Shiero bukan nama sebenar.
Tak tahu la pula mokcik kalau ada juga lelaki yang guna nama-nama seperti di atas. HAHA

Patutlah orang lain macam tak kisah dengan nama itu, rupanya Sheero tu dalam bahasa Jepun membawa maksud Putih.
Haa putih tak mokcik?
|mokcik, mokcik..orang dah tahu lama dah mokcik oiii|
Ado mokcik kisah??? >,<!
Bagus rupanya maksud Sheero tu.
Mokcik ingat, semata-mata dan sehidung-hidung membawa maksud |ehemm!| dog ShinChan. :'(
Haa, nampak ! *o* ShinChan warna putih lahhh ;p


Pada zaman dahulu itu, mokcik agak kecewa juga la bila dengar orang pakat-pakat dok teriak mokcik dengan nama Sheero.
Lama juga mokcik bertahan dengan nama Sheero ini.
Dari mokcik umur 1+ tahun kottt.
Sekarang ni umur pun dah meningkat 4+ tahun.
Orang-orang still panggil mokcik dengan panggilan Mokcik Sheero. Haihhh
Tetapi lama kelamaan mokcik belajar untuk menerimanya. Euwwww~
Bila mana sekarang ini, suka pula dengan nama Sheero samadengan Putih dalam Bahasa Jepun.
Yahh, i'm proud to be Japanese !
|ini kalau YDPA baca ni, mahu dilucutkan kewarganegaraan aku|
Huwaaaaa !

Siapa lagi nama Sheero?
Tinggalkanlah komen anda.
Boleh kita berkenalan.
Huahahahaaaa :'D

Wikipedia

Assalamualaikum w.b.t

Perasan dan sedar tak sejak aku bertukar menjadi makcik ni BERRRtambah rajin pula aku sebagai makcik buat entry.
Okay abaikan je kalau tak perasan. >,<!

Anak-anak semua perasan dak kenapa dengan Wikipedia hari ini?
Hebat kan makcik boleh perasan apa yang telah terjadi dengan laman sesawang itu.
|haha, riak je lebih makcik oii!|

Nak dijadikan dicerita, tadi petang makcik saja laa nak godek-godek kat Wikipedia tu.
Nak buat research sikit la kan.
|aku ni makcik moden tahu. siap buat research kat internet bagai|
Then, benda yang makcik taip or yang makcik nak cari tu tak jumpa dan tidak keluar pun.
|ingatkan segan| HAHA
Tapi boleh pula dia keluar dengan rupa cenggini.

cehhh !
Tapi masa tu makcik buat tak tahu je laa, ingatkan makcik yang salah taip ke kan.

Makcik pun terus mengabaikannya dan close tab quickly.

Bila tiba waktu malam |jam lapan malam|
Makcik TERRRtonton berita dekat televisyen.
Penyampai berita tu cakap, "Wikipedia hari ini mogok 24 jam".
Makcik pun dengan semangatnya membalas, "patutlah...bla bla bla".
|meluahkan perasaan kepada ahli keluarga| :D

Rupanya, Wikipedia versi English je yang nak mogoknya.
Makcik buka pula Wikipedia in Malay, Alhamdulillah everything okay seperti biasa.
Tapi ia memaparkan seperti ini pula.
|haa, anak-anak klik la sendiri ek kalau nak tahu apa yang ada|
Terima kasih~
Tengok dekat banner yang atas of the page tu.
Apa dia kata???
Macam seram pun ada kan? hohooooo

Then you all boleh juga kalau nak baca dekat sini.
Haa jelas pun penjelasannya.

Baiklah, agak lewat malam sudah ini.
Anak-anak jangan tidur lambat ya.
Ngee, bai bai tata Wassalam !

18 January 2012

...

Assalamualaikum w.b.t

"CANTIK TAK BLOG MAKCIK ??!"

Haha bosan !
Idea pun takde yang nak diluahkan.

Klah. bai bai.
Jaga diri.
Jangan lupa makan nasi.
|hihii Sir Akhdiat Abd Malek|

Apakah??
kartun ni tak tutup aurat lahh ;D
Makcik cilok dekat sini.
Singgahlah, BEST~

15 January 2012

sodehh mokcik ni haaa :'(

Assalamualaikum w.b.t

Alahh makcik ni, tak habis habis sedihnya. Tak paham betul aku. Hee
Hahaha ni mokcik nak kabo ke kome sume ni haa.
Mokcik punya telefon bimbit nuhhh !
Buat hal puloknyaaa sejak beberapa hari ni. Huwaaaaa !#~$%^!&

Turut bersama membuat hal lagi perkara adalah komputer riba sayang mokcik ni haa.
Tapi komputer riba ni takpe la kot.
Boleh guna dengan gahnya lagi.
#Ayat lapik sebab masih tiada wang yang mencukupi anak oiiiii#

Semoga esok adalah hari yang baik dan terbaik buat diriku dan telefon bimbitku.
Mungkin juga hari yang terbaik for my new telefon bimbit, MAYBE ! :p

Duit sumbangan plus tabungan sudah semakin menipis.
Memang taklah kan kalau makin menebal. Kwang3
Tolonglah beri sumbangan kepada mokcik yee anak-anak sekalian. huuuu

Teringat pula, jadi manusia ni jangan nak meminta-minta  pada orang lain.
Sebolehnya, kita usahalah sendiri selagi terdaya.
Sama juga, jangan terlalu mengharap kepada kepada manusia lain.
Nanti kelak kita yang kecewa.
Okay dak?
Peringatan buat diri mokcik juga yang sering lalai dan alpa akan nikmatNya.

Minta dan berharaplah kepada Tuhan Yang Esa, Allah s.w.t :)))

14 January 2012

Segmen: Mr E'raz Fadli [Tingkatkan Follower dan Traffik]

Assalamualaikum w.b.t


Thanks libragurlz for tagging me.
Now i'm tagging three of you :


Mahu sertai segmen ini juga?
Tekan sini sebelum tarikh tutup 17 Januari 2012.

entry pertama

Assalamualaikum w.b.t
Semoga sihat selalu.

Ini merupakan entry pertama aku untuk tahun 2012.
Yaa, 14 januari 2012 ! haha
Tapak ini seringkali sahaja dijenguk oleh tuannya.
Tetapi tidak untuk ditempek sesuatu ke dalamnya.
Maka, hari inilah waktunya.

Peperiksaan Akhir Semester Satu telah pun tamat.
Selamat sampai ke halaman rumah pun sudah.
Pengikut juga semakin melonjak naik. Ngee
Teruskan usaha ya ! :)

Teruskan bertawakkal kepada Tuhan kita Yang Satu, Allah s.w.t
Dia adalah penentu segala-galanya setelah kita berhempas pulas bergadai tidur untuk berjaya.
Dengan izinNya, pasti kejayaan milik kita !