Si Manis

31 December 2011

:'(

Assalamualaikum w.b.t
Astaghfirullahalazim.

Hari ini hari sangat sedih.
Mungkin sedih untuk kali yang terakhir sebelum menjejakkan langkah ke tahun hadapan esok.
Ya, tahun 2011 ini mungkin tahun kesedihan bagi diriku.
Moga tahun 2012 hadapan merupakan tahun kegembiraan buat diriku.
Dan sekarang sambil taip entry ini muka aku seperti ini


Dan akhirnya ianya juga seperti ini


Sambil air di hidung turut menitiskan airnya. Ya !
Seperti orang lain, aku juga tidak suka dibentak-bentak.
Tidak suka di marah-marah.
Hanya kerana bukan salah ku.
Kamu tidak layak memperlakukan aku begitu !
Aku juga cuba untuk tidak membentak dan tidak memarahi orang lain.
Tapi aku sering saja aku diperlakukan begitu.
Oh Allah !

Setelah aku diperlakukan sebegitu, hilang sudahlah semangat belajar dan semangat ulangkaji pelajaran aku.
Oh ya, tahun depan ini bersamaan 3hb Januari 2012 aku bakal menduduki Peperiksaan Akhir Semester Satu Tahun Satu.
Memang malam tadi aku sedih.
Tak sangka pula kesedihan itu bersambung ke hari ini.
Sudahlahhhhh~
Emakkk !

Aku tahu aku kuat hadapi semua ini.
Kesedihan ini memang sekejap je, beberapa jam lepas ini elok la tu. Ya, aku yakin !
Two is better than one. Because...
I can't live without You^^
 Dear Allah, thanks for everything 
Terima kasih semua.
Cuba membuka buku TITAS kembali.

25 December 2011

post before I start study ;D

Assalamualaikum w.b.t
Haha, memang dah lama aku menyimpan hajat untuk mengepost entry tetapi jari jemari seperti besi seakan-akan tidak mengizinkan ianya terjadi.
Berkat kegigihan aku, dapat juga aku melaksanakannya pada malam yang indah lagi permai di rumah emak dan abah ku.
Oh yee, saya berada di rumah ya sekarang.
No more KK1 USIM in this time. miahaha
Menggunakan waktu cuti ulangkaji pelajaran untuk menatap muka keluarga saya.
Juga menatap buku-buku pelajaran yang telah saya usung jauh dari kampus. huwaaaa !
|Harapan ku tinggi menggunung|Allah, bantulah aku|:)

Okay kawan-kawan, please do a pray for our success in this imtihan nihaa'i.
And for sure kullu exam in dunia and akhirah !
Sekejap je masa berlalu meninggal kita.
Ohh masa itu emas~
Masa adalah musuh bagi orang yang rajin.
Jika mereka yang rajin itu tidak memotong masa itu, masa itu seolah-olah akan membunuh mereka.
|Di atas ini adalah salah satu tajuk "maqolah" kami in arabic. Awesome ! ;p|

Jom-jom, mari-mari ulangkaji pelajaran !
Haa jangan study sebab nak periksa je yee kawan-kawan.
|Hakikatnya seringkali aku begitu| huuu
Jadikan ilmu fiss suduur~
Faham bukan? hihii

==============================================================

\Allah, semoga kau terus mempermudahkan segalanya :)/
\Entah kenapa dan mengapa asyik memikirkan kau yang berpesan kepada ku tentang sesuatu yang baik tetapi seperti tidak serupa dengan apa yang kau lakukan sekarang/
\Berharap kau berjaya menggapai hidayahNya/
\Dan aku terus di sini berusaha memperbaiki diri bersama mereka-mereka yang aku cintai dengan segala rahmat Pencipta kita !^^/


16 December 2011

16 disember 2011

Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah, sentiasa sihat di bawah lingkunganNya.
Kawan-kawan juga ya ! ;)

Hehe, hari ini enambelasharibulanduabelastahunduaribusebelas !
Bersamaan ulangtahun kelahiran aku yang ke sembilanbelas.
Ya, masih muda !
Masih di bawah lingkungan belasan tuhh..haha

Kepada sesiapa yg belum wish birthday aku, silalah berbuat demikian secepatnya.
Kerana beberapa minit sahaja lagi enambelasharibulan akan meninggalkan kita dan umur aku akan bertambah satu hari bersamaan = sembilanbelastahunsatuhari.huahuahua

Hari ni quite happy. hmm, quite je ke?
Taklahh, mestilah happy plus seronok plus gembira yg teramat sangat..
Terima kasih yg teramat sangat kpd kawan kawan yg sudi membazirkan beberapa sen kreditnya utk mengewish birthday aku hari ni.
Terima kasih juga yg sudi mengucapkan ulangtahun aku kat muka buku aku.
Kpd yg tak wish pun terima kasih juga, sebab aku tahu korang ingat sebenarnya tp cuma malas je nak wish.
Kan kan kan??? HAHA
Ohh ye, kakak Yuyu Zulaikha wish birthday aku face-to-face..kau ada?? ;p
Tak sangka pula boleh jumpa beliau tadi.
First time kot jumpa. Comel je kak Yuyu ni. geram !

Lupa plakkk, terima kasih yang tak terhingga juga buat dua orang teman sahabat kawan dan seumpamanya yg sudi belanja aku makan.
Ngee, saya mmg suka makan !^^
I love both of you lahh !
Opps, kamu yg lain jgn jeles yee.

Terima kasih yg tak terhingga juga buat kedua ibu bapa saya kerana telah menjaga dan mendidik saya dan seterusnya InsyaAllah akan menjadi anak yg berguna.
Anak mu ini sentiasa dahagakan doa dari kalian.
Wish me best of luck yahh mak abah..huhuu rindu plakk. Okayy, bertakung~~ :'(

Dan yang paling penting, syukran ya Rabbi kerana telah memanjangkan umur ku ini sehingga genap sembilanbelas tahun.
Semoga umur ku terus dipanjangkan olehNya :)
Ya Allah, terlalu byk yg ingin ku pohon daripada Mu.
Aku tahu Kau sentiasa mendengar luahan hamba Mu yg kerdil lg hina ini.
Aku sentiasa percaya dgn segala ketentuan Mu..

kami santap tutti futti !

terasa bangga la plakk bergambar ngn akak Yuyu ni..ngee
Alhamdulillah untuk segalanya :)

05 December 2011

Waktu

Assalamualaikum w.b.t

Apakah itu waktu?
Sebenarnya aku dapat idea nak buat post pasal waktu ni pun sebab hasil pembelajaran aku dan kawan-kawan di kelas Allughatul 'Arabiyyah tadi. #credit to Ustazah Manal bt Jusoh#

Maa hua al-waqtu? Al-waqtu hua 'umur.  Wa qaala Sheikh Al-Banna : "Al-waqtu hua al-hayaah !"
Haa apakah maknanya kawan-kawan? 
Ayat yang digunakan di atas simple-mimple je kan. hihii
Al-waqtu hua 'umur wa hayah ! Bi ma'naa, waktu itu adalah umur kita, kehidupan kita !
Bak kata pepatah, waktu itu ibarat emas. #eh, ke masa itu emas?# ngee^^

Cuba kita sama-sama bayangkan.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Dalam sehari Allah s.w.t menciptakan duapuluhempatjam sehari semalam.
Apa yang telah kita lakukan pada waktu itu? Adakah semuanya berfaedah dan bermanfaat?
Sama-samalah kita bermuhasabah diri |Astaghfirullahal'azim| :)

Apakah tugas kita sebagai remaja? Fikir-fikirkanlah.
Seelok-eloknya gunakanlah waktu yang diperuntukkan dengan sebaiknya dan penuhinya dengan segala kebaikan.
Kalau waktu untuk kita membuat perkara yang tidak berfaedah lebih banyak diluangkan dari perkara kebaikan seperti ibadah kepadaNya, apakah kesannya kelak kawan-kawan?
Ingatlah bahawasanya Allah akan menanyakan dimanakah hak waktuNya !
Cuba kita hitung, berapa lama atau berapa panjang waktu kita menunaikan ibadah seperti solat, puasa, berzikir dalam sehari jika dibandingkan dengan amalan-amalan duniawi yang lain.
Mungkin tidak sampai pun setengah jam. apatah lagi satu jam.
Yang selebihnya? Wallahua'alam.

Seperti pembelajaran aku tadi, ada dinyatakan bahawa pembaziran yang besar dalam hidup kita ini adalah pembaziran waktu. Membazir waktu adalah pembaziran yang lebih besar berbanding pembaziran harta.
Kerana apa? Kerana waktu itu tidak boleh berputar kembali. Tidak mungkin kita kembali ke masa yang lalu.
Jika kita membazir harta, mungkin kita mendapat buahannya. Mungkin kita akan mendapat kepuasan daripadanya. Mungkinlah~ ;)
Jika membazir waktu?


sura 103
Demi masa !
Sesungguhya manusia itu berada dalam kerugian.
Kecuali orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.

Akhir kalam, jagalah waktu dan masa kita kerana ia ibarat emas. Kerana ia adalah umur dan kehidupan kita.
Sama-samalah kita perbaiki diri kita mengenai waktu kita ini.
Kita hidup di dunia ini hanya sementara.
Adakah anda sudah bersedia dengan soalan-soalan yang bakal diajukan kelak?
Sama-samalah kita ingat-mengingati sesama manusia.
(^_^)y