Assalamualaikum w.b.t
Lama plak rasanya tak taip entry baru kann. kot kot laa ada yang rindu. Hew heww.
Apa plak mamun mokcik muda ni nak update pasal cerita hati? Wakaka.
Sekali nak update, Cerita Hati plak keluar. Ngehh.
Ada sorang ni pernah tanya mokcik,
"Takde entry yang sedih-sedih kee? Gaduh-gaduh kee? Semua happy jee."
Haha, apa punya soalan la kann. Err, bagi mokcik, yang sedih, yang gaduh, buat apa nak kongsi dengan orang ramai kan?
Kongsi benda-benda yang seronok, yang gembira lagi damai kott for me. Kan?
Panjang plak muqaddimah. Orang nak cerita Cerita Hati yang tak berapa nak hati laaa.
Okess, sila fokus !
Kisah bermula pada tutt haribulan tutt pada tahun tuttt jgak haha bertempat di menara gading, tempat mereka menuntut ilmu -.-
Kisah berlaku antara seorang jejaka dan seorang jejaki XD dan orang-orang di sekeliling mereka berdua.
Si jejaka bernama Leman dan si jejaki bernama Joyah.
Leman berkenalan dengan Joyah menerusi alaa social network tuu Facebook yang tak berapa nak buku.
Mula-mulanya si Joyah jual mahal. Bila nampak usaha lebih sikit si Leman mulalah cair. elehh, sikit je pun usahanya. Haihh.
Berterusan dengan aktiviti tukar-menukar nombor telefon bimbit.
Dorang dua ni mesej jee pagi petang siang malam tak kira kuliah kee, tutorial class kee, janji mesej !
Caring la kononn setiap masa.
Joyah taknak "declare" dengan Leman tu. Takut terkena lagi katanya. Lelaki susah nak cari yang serius o.O
Sampai satu tahap, si Leman macam mendesak Joyah agar menerimanya dalam hidupnya. ayat budak sastera.
Tapi si Joyah tetap berkeras tak mau terima Leman sebagai seseorang di dalam hatinya. Kawan sudah la kan. Hee.
Si Joyah pun tak tahu nak bagi jawapan apa kat Leman.
Akhirnya Joyah kongsi cerita pasal Leman dekat roommate dia, Senah, sebab Senah sekuliah dengan Leman.
Kira kenal jgaklah rupa bentuk, perangai mangai Leman anak pak lebai tuu. Hoi !
Si kawannya tu pun, cerita sikit pasal Leman sebab Joyah memang tak kenal pun siapa si jejaka tu.
Al maklum, kelas pun lain, kuliah pun lain, course pun lain tau ! Kahkahh.
Acano laa Leman boleh kenal, usha Joyah pun Joyah tak tahu. takut woo, kalau ada orang stalk kita dari jauh. Hikhokk.
Pada suatu hari, tercetuslah pen-declare-an antara jejaka dan jejaki tersebut.
"Couple" laa word yang sesuai untuk ini. Tapi couple yang tak sah antara jejaka dan jejaki ajnabi.
Suka lah hati Leman sebab dapat Joyah. Joyah ni kira hot setapp gak laa. geli mokcik !
Mau tak untung Leman dapat Joyah. Ramai lelaki nak try Joyah tu. Dia jee yang tak layan.
Sebulan pertama semua indah dan mendamaikan.
Kalau boleh, tiap hari nak jumpa. Terserempak kat kafe, berselisih kat kampus pun okay dah bagi dorang ni.
Tiap malam plak, rasa macam nak keluar berdua jee. Apa nak jadi pun tak tahu.
Hubungan dorang ni tahan berbulan gak laa. Tapi tak sampai setahun punn. Wkwkwkw.
Leman mula tunjuk tembelang dan berangnya terhadap Joyah.
Naik menyampah si joyah terhadap si Leman.
Dahlaa banyak duit dia habis sebab Leman. Masa lagi terbuang dengan perkara maksiat.
Sebab tu la dulu dia tak percaya sangat dengan kata-kata Leman.
Akhirnya nanti, pasti ada sesuatu. Hmm :(
Nak buat acano. Nasi dah jadi bubur nasi. Hati dah terlanjur sayang. Dan sekarang mulai membenci plak Joyah terhadap Leman.
Ditatapnya pesanan-pesanan ringkas leman dahulu.
Diingatnya kembali janji-janji sengal Leman terhadapnya.
"Lelaki memang banyak yang tak guna !" Getus dan marah hati Joyah.
Sangat sukar lagi sulit Joyah nak buat keputusan pasal hubungannya dengan Leman.
Orang-orang di kiri kanannya, tepi depan tengah belakang semua pun dah tahu pasal hubungan dorang.
Padahal nak hancur berantakan dah hubungannya. Haihh.
Menyampah dan meluat dengan itu, Joyah amek keputusan nak putus !
Walaupun hati dah terlanjur sayang cinta tapi dia tak nak dah teruskan.
Asyik bergaduh jee. Takde lagi yang mendamaikan. Hewhwww.
Konon si Leman susah nak lepaskan si Joyah.
Masih nak tunjuk keprihatinannya dia terhadap Joyah. Pada hal, hampehh !
Mereka pun putus hubungan yang tak sah.
Alhamdulillah, Joyah buat keputusan yang bijak.
Bukan lagi keputusan ikut nafsu macam permulaan perkenalannya dengan Leman. Ish2.
Hujungnya, PATAH SEJUTAHH ! Kehkehh *gelak baik*
Sekarang Joyah cuba untuk jadi yang yang terbaik untuk bakal zauj-nya nanti.
Tak mau lagi, kejadian seperti itu berulang.
Dia sangat sedar, rahmat Allah itu sangat luas dan besar untuknya.
Kasih sayang ibu bapanya, adik-beradiknya, dan tetemansnya lagi ikhlas berbanding dengan Leman.
Tiada lagi Leman dalam hidupnya.
Semoga anda semua terhibur dengan kisah Cerita Hati mokcik yang tipu lagi rekaan ini.
Takde kena-mengena dengan hidup mokcik dan pokcik dan mereka yang lain.
Jangan ada yang terasa hati yee.
Sekian terima kasih :')
#JAGA DIRI, JAGA HATI, JAGA IMAN !
3 Comments:
haha..nice entry..kte da fllow awk..fllow kte blik taw..http://comey-comeyblog.blogspot.com
haha..nice entry..kte da fllow awk..fllow kte blik taw..http://comey-comeyblog.blogspot.com
saya nak lari anak jelaa.. bulan puasa ni,penat kut. kekeke..
Post a Comment