Si Manis

29 November 2011

!@#%%!&*~

Assalamualaikum w.b.t

Macam pelik je title aku ni kan.
Hakikatnya memang pelik.
Pulang ke kampung halaman pun sudah.
Memang indah-indah belaka semuanya.
Dapat juga bawa both of my friends, Amal and Sam ke teratak keluargaku.
Alhamdulillah, terima kasih Allah !^^

Since dekat rumah hari tu, aku dapat rasakan sesuatu yang pelik.
Entah apa, aku pun tak pasti.
Kadang-kadang aku sedih, kadang-kadang aku menangis. :'(
Seperti hatiku ini dihiris-hiris !
Huahuhuaaaa apakah???

Bila ingat kau aku rasa sayu.
Bila bayang kau muncul rasa sayu lagi.
Bila teringat semua pasal kau pun rasa sayu.
Bila nampak kau terus rasa sayu lagi tambah lagi dengan sedih pluss pluss mahu nangis !
#Entah bila aku nampak kau???#

Elok-elok aku sudah bisa melupakan kau, suddenly it comes again. hmm~
Adakah kau yang teringat akan aku? #Nak terharu kalau kau ingat aku. Tapi itu mustahil !#
Semoga kau pandai menjaga diri.
Kau lebih besar dari aku kan.
Aku tahu kau boleh, walaupun kau takde la besar sangat. keh3 ;p

Tolong ingatkan aku VS tolong lupakan aku :D
Janganlah kau muncul dalam ingatan aku.
Teringat kata-kata yang ini dari kau : "Jika mereka sibuk mencari CINTA, biarlah kita sibuk mencari IMAN. Jika mereka sibuk mencari PASANGAN, biarlah kita sibuk mencari KEREDHAAN. Jika mereka menangis kerana kecewa BERCINTA, biarlah kita menangis kerana DOSA-DOSA semalam. Jika mereka cintakan HAMBANYA, biarlah kita cintakan TUHANnya. Jika mereka mendambakan kehidupan DUNIAWI, biarlah kita dambakan UKHRAWI."

Apa-apa pun, Dialah Allah. Maha Pemurah. Maha Penyayang.
Maha Pencipta, Maha Pengampun.
Maha Pengurnia, Maha Pemberi Rezeki, Maha Pembuka Rahmat.
Maha Pelapang Hidup, Maha Pemberi Manfaat.
Dialah al-Wadud, Yang Maha Mencintai.
Katakanlah, ku cinta Dia.
InsyaAllah !

Bacalah sini untuk mendapatkan ketenangan.
Namun, Al-Quran dan Zikrullah itu jangan dilupakan ! (^_^)y
Maaf, entry ini bercampur baur. hihii


25 November 2011

jiwa kurang menentu

Assalamualaikum w.b.t

Banyak alasan yang menyebabkan jiwa aku sekarang ni kurang menentu.
Kurang je laaa. :'(
Maaf ku pinta wahai kawan-kawan ku sayang, jikalau perbuatan aku sejak kebelakangan dan kehadapan ini agak menjelekkan dan kurang dan tidak menyenangkan hati kalian semua.
Mungkin ada yang tidak perasan perubahan ku itu.
#Baguslah kalau tak perasan# huahaha.

Memang susah kan nak berubah kepada yang betul-betul baik.
Memang banyak juga cubaan dan dugaannya. 
Hati dan jiwa aku ini memang mudah terpengaruh dengan keadaan sekeliling.
Belum lagi hasutan syaitan yang direjam !
Takpe la kan, biar orang tak nampak kebaikan aku asalkan kebaikan aku itu dilihat olehNya yang MAHA ESA :)
Tetapi memang tidak mustahil untuk kita melakukan perubahan yang baik (^.^)v
Ya Allah, jangan biarkan aku dalam keadaan lalai untuk mengingatiMu !
Semoga Allah terus gagahkan diri hambaNya yang kerdil ini.


"Sesungguhnya Aku membalas kepada mereka pada hari ini (dengan sebaik-baik balasan) disebakan kesabaran mereka, sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang berjaya."
<Al-Mukminun: 111>

"Sungguh akan Kami berikan cubaan kepada kamu sekalian dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar."
<Al-Baqarah: 155>

inilah yang aku perlukan.
ya, anda semua juga memerlukan ini.
apa kena-ngena tah gambar dan kata-kata ini dengan sabar.
hihiii
Esok nak balik ke kampung halaman ! yeahhh~
Semoga dipermudahkanNya :)