Si Manis

16 March 2012

Bila mokcik rasa mokcik lah yang paling "busy" dekat dunia ni.

Assalamualaikum w.b.t


Haa, amek kau, kemain panjang lagi title aku.
hhaha by the way, nak jgak rasa taip tajuk entry panjang luas lebar ;p


Hari ni hari Jumaat. Hari yang berkat. Hari penghulu hari !
Hari Jumaat mokcik ada satu jam je kelas tutorial. taknak ngaku padahal dalam jadual ada satu jam lagi kelas tutorial malam.
Makanya di sini, tiadalah kelas kuliah pada hari Jumaat.


Bila hari Jumaat hanya satu subjek je yang ada kelas, terasa macam "percuma" sangat. HAHA
Mula lah pelbagai rancangan diaturkan.
Dari satu agenda ke satu agenda.
Dari satu masa ke satu masa.
Dari satu tempat ke tempat yang sama ! Huahaha :'D


Tetapi kami telah memilih keputusan muktamad yang tepat lagi jimat.


Tengahari sibuk membantu kawan yang sibuk "ber-business."
Tak memasal menjadi pembantu beliau.
Tolong promote barang dagangannya kepada mereka yang lain.
siapa suruh kitorang belajar business? kan lain jadinye.


Bila mokcik sibuk berdagang tengahari itu, tiadalah sempat untuk mokcik tidur sebelum masuknya waktu Solat Zuhur bagi kawasan Nilai. Wuu
Customer bukan main ramai lagi.
Sampai tak cukup mulut nak bersuara. tak cukup tangan nak "melipat". Ngee


Disambung plak selepas itu dengan satu discussion yang sangat tak asing lagi dengan kesibukan mokcik tadi.
Yahh, Business discussion !
memang dah graduate nanti mokcik nak apply kerja jadi businesswoman. Grr


Malam ni plak sangat sibuk sebab asyik dok meng-online tak sedarkan diri dari dunia realiti. sangat tipu !
Apa yang pasti, hari ni mokcik tak tidur lagi seperti kebiasaan hari.
Bukak buku??? ;)
Jadinya, mokcik ambil kesempatan online ni untuk update entry baru. Haha


Untuk esok hari plak pagi-pagi lagi mokcik harus menghadiri satu Program Ramah Mesra bersama "mereka" yang lain.
Untuk sebelah malamnya plak, mokcik ada arabic munaqashah dengan sebilangan classmate mokcik regarding to our task to complete the "script".
Skrip apa? Haa, ni nak cerita ni.


Selain berbakat dalam bidang perniagaan, mokcik jgak berbakat dalam bidang lakonan tau.
Kadang-kadang mokcik confuse, sebenarnya mokcik amek course apa dekat IPTA ni? =='


Itu cerita rancangan hari Sabtu.
Untuk rancangan hari Ahad plak, mokcik ada perbincangan meja bulat bersama kawan-kawan yang lain.
takdelah bulat mana pun meja tu, duduk bersila atas lantai je kott. Hee
Perbincangan ini mungkin berbeza dari perbincangan yang sebelumnya.
Dan insyaAllah akan jadi biasa untuk diri kami semua :')


Apa cerita plak Ahad malam?
Macam free jee. HAHA
BUKAK BUKU LAH MOKCIK ! 
Siap sedia for the next class.^^v


"Ya Allah, Kau panjangkanlah umurku supaya dapat aku menempuh hari-hari yang mendatang.
Supaya dapat aku terus berjuang di muka bumi Mu ini."

"Panjangkanlah juga umur mereka-mereka yang ku sayangi, berkatilah kehidupan mereka di dunia dan di akhirat kelak."





15 March 2012

Kan dah kata, belajar agama tu seronok !

Assalamualaikum w.b.t


Ya, mokcik dah lama tak kemaskini lagi update ini laman.
Ada nampak sawang ke? Sarang labah-labah?? HAHA???
Mungkin ada debu-debu habuk.

"Sila lap debu tersebut, kalau tidak, screen anda juga turut berdebu" =='


Macam biasa setiap semester di IPTA ni mokcik mesti akan belajar subjek agama.
pada hal baru dua semester. Ohh, I mean, kan sebelum ni mokcik Tamhidi a.k.a Asasi kat sini jgak.
Bukan satu, bukan dua. Tapi entah berapa. Tak terkira dek mokcik. tipu je lebih :p

Haa untung tahu belajar agama ni.
Kalau kat sini kitorang belajar subjek-subjek agama dalam Arabic Language.
Memang banyak faedahnya.
Tambahan pula, seronok !

Jangan ingat dengan subjek agama yang kita belajar masa sekolah-sekolah dulu dah cukup sampai kita dewasa.
Sampai kita berketurunan bergenerasinya. InsyaAllah, dipanjangkan umur. itu pun kalau masih ingat. Kui3


Bila kita belajar dan mendalami ilmu agama ni, surely kita dapat tambahkan ilmu di dada kan.
Haa, ilmu tu jangan ada kat dalam buku je. #sentiasa mengingati dan perbetulkan niat#


Since kita dah tahu tentang sesuatu tu, jangan terus lupa atau pun hanya ingat dengan motif nak masuk Dewan Periksa. IPTA's students kat sini jawab periksa dekat dalam Stadium. Apa kesah?? Huwaaa
Praktik dan amalkan apa yang telah kita peroleh tu.
Dan terus berdakwah.


Dakwah kat sini bukanlah semata kita pergi ke masjid, surau atau mana-mana tempat untuk berdakwah dengan gahnya kepada orang di luar sana.
Mungkin kita belum cukup arif untuk melakukan seperti itu.
Bila sudah bersedia, silakan :)


Tapi sudah pastinya kita boleh "berdakwah" dan menyeru kebaikan kepada orang yang betul-betul kita kenal, betul-betul kita rapat.
Saling ingat-mengingati la kan?
"Amru Ma'ruf, Nahi Munkar !"


Apa yang kita tahu, sampaikan plak kat mereka yang tak tahu.
Ya, sesungguhnya Allah Lebih Mengetahui^^


----------------------------------------------------------------------------------------------------

Lepas solat Maghrib tadi mokcik baca Surah Yusuf beserta terjemahan la kan.
Sangat indah kisah nabi kita ni.
Jika dihayati dengan lebihnya, insyaAllah laaagi indah :')