Si Manis

01 January 2016

TRANSFER PAPER UNTUK DIJUAL!

Assalamualaikum w.b.t

Hai semuaa. Selamat tahun baru 2016. Semoga yang baik baik saja yaa untuk sepanjang tahun ni dan tahun tahun yang seterusnya. Aaaamiinn insyaallah.

Nak bagitau ni, kita ada jual Transfer Paper tauu. Ala kertas yang boleh di-iron atas fabrik/kain/baju tuu. Kalau nak buat label untuk produk sendiri pun guna transfer paper ni.

Jom beli dengan kite. Harga RM4 sahaja untuk sekeping. Murahkan? Jommm whatsapp kite ke nombor +60102079556.

Sekian. Ehh, jemputlah follow jgak igshop kita @sraahshop. Menjual pelbagai pakaian muslimah yang cantik cantik tauu. Dan yang paling penting harganya terrrrsangatlah murah! 😉.

Jaga diri, jaga hati, dan jagalah imaan. Wassalam 😘💋💕.

13 September 2015

Mini Giveaway By Impiana Cik Yanie 2015 #1

Assalamualaikum w.b.t

Haaaaaaaaaaaaaaaiiii semuaaa *lelambai tangan* k macam tak perlu je kan ;3

Dah lama sungguh lahaii tak join mana-mana GA. Mana tak nyaa, setahun dua bulan menyepi. Kahh. Kali ni nak jugak laa join Mini Giveaway By Impiana Cik Yanie. Hehe kot-kot bertuah di samping menambah kenalan. Ye dokkk?


Laaii laaaaaaaaii join beramai-ramai hihi. GA tamat pada 25 September 2015. Semoga berjaya semuaa dan selamat berkenalan :))

Sekian wassalamualaikum w.b.t.

28 August 2015

I'M BACK ! HAHA.

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera keatas kalian semuaa.


Yaaaaa i'm back. Say hi to me pleaseee :3


Kembali setelah usai pengajian di USIM alhamdulillah. Insyaallah jika diizinkan hujung tahun ni nak konvo *winkwink*


Uishh last post 12-June-2014. Alaaaa baru setahun dua bulan tak update. Haha.


Sekarang lagi hidup goyang kaki sambil menanam anggur. Bosannya takdak kerjaa. So haa iols cuba online business buat sementara waktu ni sambil menunggu panggilan untuk kerja :D


Dengan adanya post ni, I nak perkenalkan laa my online shop, kat FB namanya SRAAH SHOP dan ada jgak kat IG namanya pun SRAAH SHOP. Feel free to like, follow and shopping with us yaa. Harga dijamin murah, berpatutan dan pasti mampu milik. Macam-macam barang adaaa.




Okaylah guys nanti ada masa, panjang umur, I update lagi kkkk. Harap bukan setahun kemudian laa :P


Jaga diri, dan semoga Allah jagakan kamu semua dengan sebaik-baik penjagaan. Babaii, Wassalamualaikum w.b.t ! 

12 June 2014

Beza

Assalamualaikum w.b.t

Semoga sihat semuanya. InsyaAllah.

Sekarang musim Final Exam. Amek kesempatan update kejap :|

Kau tahu apa itu beza? Dia ala ala Kuasa Beza Jelas yang Sir Joko ajar tulaa. Yang dalam teleskop tuu. Hee.

Tak. Itu beza lain. Ini beza lain. Tak mampu nak describe. Sorang je yang pendam. Sorang je yang rasa. Oooo cepatlah habis ini semua.

Okay itu je. Babai selamat tinggal. Assalamualaikum.

31 May 2014

Abah

Assalamualaikum w.b.t

Semoga semuanya baik baik je. InsyaAllah.


Cerita pasal abah. Baru ni abah masuk wad. So aku sedih. Hmm :(

Kesian dekat mama sebab kena ulang alik dari rumah ke hospital. Sedang aku kat kampus menghabiskan sisa sisa sem. Macam sisa pepejal plak. Kehh.

Sangat terkejut bila dapat panggilan dari mama kata abah masuk wad. Kena tahan wad. Allah. Hati menangis, mata menangis. Tapi cuba cover so that orang sekeliling tak perasan.

Dapat text, whatsapp dan call dari abang abang and kakak ipar too. Rasa macam nak terbang balik time tu jgak. Hmm. Tapi mengenangkan test yang masih bertimbun tuu, tak jadi aku terbang.

Mungkin they said, aku emo. "Kadang okay, kadang tak." Ahh aku tak kesah apa yang korang nak kata.

Korang tak rasa apa aku rasa. Korang tak pakai kasut aku. So, baik korang diam. Aku pun diam. Buat hal masing masing. Dan akhirnya biar aku yang pergi.

Bila teringat dulu dulu, masa aku kecik kecik comel comel duluu, aku teringat yang aku sangat suka order kat abah beger bila abah nak pergi surau. Nanti lepas isyak abah pun bawak balik beger. Wiwiwi.

Dulu abah meniaga. Abah selalu mintak tukar duit syiling dengan kitorang adik beradik. Duit dari tabunglah konon. Hek. Bila contohnya aku just ada syiling RM3.50, nanti abah mesti akan bagi lebih yakni i will get RM4. Hehe. Seronok plak main tukar duit syiling dengan abah. Ngee.

Rindunya zaman kecik kecik. Rindu nak manja manja macam dulu. Sekarang umur abah dah 65 tahun. Kitorang semua pun dah besar besar. Komunikasi pun dah kurang. Hmm.

Harap abah sihatlah macam biasa. Sejak abah accident 2009 haritu, banyak plak yang berubah.

Allah je yang tahu. Ya allah, kau jagalah abah kami. Jagakan juga mama kami. Kuatkanlah mereka. Aaamiin.


Rasa asing sangat.

01 May 2014

Masalah

Assalamualaikum w.b.t


Kadang kadang kau taktau.

Kadang kadang jgak kau tak ingin pun nak tau.


Hmm istighfar panjang.

Maaf.




Sebab tu aku suka lari diam diam.

29 April 2014

Habis

Assalamualaikum w.b.t


Apa yang habis?

Hm semua habis.



Tak takk. Haha.


Bulan April dah nak habis. Hehe.

Sem 6 dah nak habis.

Assignments, Midterms segalooo pun dah nak habis. Yeke? :\
 
So makna kata, Final Exam pun dah nak mula. Huwaa.


Nak akhir sem ni, makanya sila tajdid niat kembali ye, "SAHAJA AKU BELAJAR KERANA ALLAH TAALA".

"SAHAJA AKU SIAPKAN SEGALA KERJA KERANA ALLAH". Eh, pun boleh tuu. Barulah sentiasa ikhlas, tenang and tak rasa bangga diri. Its true !

Sentiasa pupuk dalam diri, kalau nak buat sesuatu tu, kerana Allah. Believe in Allah :)


Okay habissssss.



Pulanglah :'(

06 April 2014

Harum Malam

 
Assalamualaikum w.b.t and hahai ! :)


Want to share sikit pasal produk Harum Malam. Pernah dengar? Bagus tauu produk ni. Banyak jgak khasiatnya.


BUATAN MALAYSIA. PILIHAN PENGGUNA BIJAK ! Hihi.







Kalau ada masalah bau badan kee apa kee bolehlah cuba Harum Malam ni.


Harum Malam, supplemen dalaman mewangikan tubuh sepanjang masa. Dapat membantu mengatasi bau yang kurang enak dari tubuh.


Diformulasi dengan ekstrak ros yang sememangnya bagus untuk menangani masalah bau badan. Just minum 2 kali sehari, pastu boleh lihat kesannya dalam tempoh yang amat singkat tauu uollsssss :O


Ramuan:

·         Extrak ros
·         Extrak sireh
·         Buah tin
·         Kismis
·         Madu
·         Goji
·         Limau purut
·         Strawberry
·         Pueraria mifrica
·         Kayu serapat
·         Buah delima
·         Manjakani
·         Pueraria lobata
·         Senna


Khasiat:

·         Tubuh akan wangi semulajadi jika diamalkan berterusan.
·         Mampu membantu menyihatkan dan mencegah bau badan.
·         Mencegah masalah dalaman wanita.
·         Memberikan tenaga dan menambahkan stamina untuk melakukan aktiviti seharian.


Khasiat lain:

·         Membantu menyegar & menyihatkan badan.
·         Mencantikkan & menaikkan seri wajah.
·         Membantu menghilangkan bau badan & mulut.
·         Melegakan panas badan.
·         Menghalang bau tidak enak serta gatal-gatal.
·         Menyihatkan rahim.
·         Dsb.





So apa nak tunggu lagi kann, cubalah sebotol sekarang.


Cara penggunaan:

·         Boleh diminum terus
·         Dua kali sehari :
1 sudu besar setiap pagi sebelum sarapan.
1 sudu besar sebelum tidur.


Harga:

·         RM33 je bagi semenanjung dan RM39 bagi Sabah & Sarawak. Affordable gituuu. Kan kan? Hihi.
·         Kalau nak beli sekali 3 botol pun okay uollsss. 3 botol untuk sebulan, harga just RM90. Dah jimat RM20 kat situ. Postage pun free. Haaa (Y)


To order:







Okay thank youuuuu :))


05 April 2014

Hai semester 6


Hai semua. Assalamualaikum. How’s ur life? Ur imaan? Hmm.



Lamanya tak menaip. Sampai dah tak reti macam mana style menaip for this blog. HAHA. Almost a year. Maybe? :| ooo. Last entry haritu about raya -28 ogos 13- yuollsssss.



Okay, actually tajuk entry ni tipuu. Haha. Hai lah sangattt. Dah nak babai dah pun. Dah nak final sem dah pun ni. Macam macam benda jgak yang dah terjadi dan dah dilalui. Alhamdulillah saya kuat ! Btw sekarang ni midbreak mood ⛅✨



Midbreak midbreak punnn, korjeee amatlah banyak. Loteh nyoo lahaii. Eh haipp, jangan mengeluh. Tajdid niat, tajdid niat ! Sila senyuuummmmmmmm :))



Okay ini je. Haha. Jaga diri dan semoga Allah jagakan awak semuaaa :)


Berita itu mengubahnya. Alhamdulillah \^.^/


28 August 2013

Safely arrived. Alhamdulillah !


Assalamualaikum w.b.t


Hai uollssssss ! Macam mana kesihatan diri? Hati? Iman? :') Semoga selalu baik.


Punya sangat lama tak update entry baru. Niat nak update ada tapi tahap kemalasan yang amat sangat. Sampaikan entry last semester 4 pun takde. Bukan tu je, entry puasa, entry raya pun takde. Ishish.


Haa, safely arrived dari mana plak kan. Actually haritu tah berapa haribulan ikut abang balik Ganunggg. Duduk main-main jee dengan dua anak buah. Mak pun ikut jgak. Ehh this coming September, dapat baby baru. InsyaAllah semoga selamat semuanya. Yeahhh. Serupa aku plak yang pregnant :\


Anak buah yang baru dua orang | Zukrina Alia, Mulaikah Azmiah | Nakalnya bukan main lagi | Bijak Sungguh | Idea banyak


Dekna | "Ina dulu, Ina dulu!" | Dahlah tak reti buat peace | Haha


Tiket bas semalam | Batak je nak letak sini jgak :P


Bertolak balik dari Ganu sama-sama dengan mak malam semalam, dalam 10.15 malam camtu encik drebar bas mula memandu. Duduk kat belah atas seat depan sekali tauuu uollss. Serupa aku plak yang memandu. Jalan malam hari naik bas seram kott rasa. Laju je drebar bas tuh bawak. Takut amat sangat bila bas tuh ke kanan ke kiri bila lalu kat selekoh. Kat selekoh tajam lagi lah. Otak selalu je nak fikir tak elok. Takut drebar bas mengantuk laa caring sangattt, apa laa. Ishh tak kira naik apa pun, dekat or jauh, kalau Allah dah tentukan, KUNFAYUN jgak kan? Haa.


Sampai plak dalam pukul 5 pagi. Yang tak tahan tu, before sampai rumah, sempat membeli belah kat pasar borong plakk. Hew hew. Then Alhamdulillah semuanya selamat sampai ke rumah.


Sebenarnya kat entry ni nak ucap SELAMAT HARI AIDILFITRI MAAF ZAHIR BATIN. Tak ketinggalan lagi kan. Bulan Syawal lagi nii. Hihi.


Minal Aidil wal Faizin dari kuih raya yang dah habis dimakan oleh Mulaikah dan Dekna


Nak bagitau jgakk, dah nak masuk tahun 3, semester 5 dah. Lagi seminggu lebih je oii. Semangat semangat ! Walaupun result final haritu tak keluar lagi :D


Ehh | Apa nih? | Hehe | Kbai


Okaylah awok awok semuaaa. Jaga diri, hati, iman baik baik tauu. Wassalamualaikum 💕


"Say, "It is He who has produced you and made for you hearing and vision and hearts; little are you grateful." [al-Mulk : 23]  | Sama sama muhasabah |


Semoga sentiasa ada sinaran :))


28 June 2013

Rindu Pelangi

Assalamualaikum w.b.t.


Harini hari Jumaat.

Hari yang penuh barakah.

InsyaAllah.




Rindunya nak tengok pelangi.

Mana pelangi pergi?

Tercari jgak pelangi lepas turunnya hujan.

Jeles dengan awak sebab selalu dapat tengok pelangi. Kan awak kan? XD


Rindu masa kita bersama. Eh?

Tak tahu. Tak sangka.

Selalu je dia pesan jangan buruk sangka dekat orang.

Entah-entah perasaan je. Hmm.


Bila dah terbukti?

Ya Allah. Betapa aku sedih !

Apa aku dah buat?

Aku tak tahu. Aku tak perasan. :'(
Berjurai air mata depan mama yang seronok bercerita pasal kampung. Hampeh punya anak ! >.<


Takpe, "Take it easy. Make it simple". Dah lama tak guna word ni :))

 
Yakin ada hikmah. Allah ada. Jaga diri. Jaga hati. Jaga iman. Assalamualaikum.

 
Bulan lapan ni jadi ke? :/


21 June 2013

Habis Minggu Belajar


Assalamualaikum w.b.t


Diri?

Hati?

Iman?

*Jawab sendiri dalam hati*


Alhamdulillah, minggu belajar 1 - 9 Jun haritu dah habis.

Ni sekarang minggu peperiksaan plak. Peperiksaan sangat kannn.

Padahal dah tinggal satu paper je pun lagi. Hee.

Start dari 10 jun sampai last paper nanti 25 jun ni.

Kerana Allah jangan lupa ! :)

 
Jadual | Final Exam | Semester 4 | 2012/2013 | Eh?








AKHLAK DAN TASAWWUF
10/06/2013




PEMIKIRAN KREATIF DAN PENYELESAIAN MASALAH
12/06/2013




FAMILY LAW II (MUSLIM MARRIAGE)
14/06/2013




FIQH AL-MUNAKAHAT
17/06/2013




MABAHITH ADILLAT AL-AHKAM
17/06/2013




PENGAJIAN MALAYSIA
19/06/2013




QAWA`ID FIQHIYYAH
20/06/2013




PENGENALAN ILMU FALAK
25/06/2013




Nampakk, semuanya dah alhamdulillah selesai.

Tinggal satu je lagi kan.


Tengok yang ni plak. Ngee.

kemainn nak potong potong kat sticky note tuh :D

Bismillahi tawakkaltu 'alaAllah !

Mohon yang terbaik untuk semuanya.



Hmm. Babai. Jaga diri. Jaga hati. Jaga iman. Assalamualaikum.


Perlukan banyak masa bersama.


24 May 2013

RM50 @ ZALORA

Assalamualaikum w.b.t



Semoga kita semua sihat di bawah lingkungan rahmatNya.

Allahumma aaamiin \^.^/



Hihi.

Iolls dapat baucar RM50 percuma dari ZALORA.COM.

Lepas je amek bungkusan bungkusan sangatt :D dari pejabat Sutera Indah haritu, kemain senyum sampai tepi tudung. Eh?

Memang tunggu sampai 3 hari bekerja la kann baru dapatnya.

Macam yang pihak Zalora janji laa untuk wedges ni. Jadinya, takde lah nak stress tunggu menunggu. Ye dak? Hee.

Kalau uolls nak beli apa-apa kat situ, check betul betul yee. Saiz kee, tempoh penghantaran ke apa kee.

Haa. Memang cekap dorang ni.

Memang tak mungkir janji betul. Baguss ! Ni bodek ke apa? =='



Nak tauu apa yang iolls beli untuk baucar RM50 ni?

Ini diaaaaa.



Haa kauu, kemain besar :'P



Comfort sangat kasut Le Sandee ni.

Sangat selesa uolls. Ada beza ke comfort dengan selesa? -.-

Tak rasa menyesal pun beli. 



Best tauu kasut nii.

Puas hati betul. 

Zalora pun okay what. Hikk.

Dah lah beli wedges ni guna baucer free. Bukak je kotak kasut, supriseee ! Ngehh.

Siap dapat plak gift card 10% off.

Hebat sungguh.

Siapa yang tak dapat 10% tuu jangan jeles yee :P



Moh lerr kita reramai ber-shopping, membeli-belah kat ZALORA nii.

Berbaloi-baloi uollss.

Dah lah selalu buat diskaun.

Kalau kita subscribes pun, dapat lagi ganjaran.

Check email selalu tauu. Harini dapat satu lagi email dari ZALORA, dapat 15% off diskaun plakk. 

Tapi just for this weekend jee. Rasa rugi plak kalau tak guna. Aihh.

Yang 10% ni pun tak guna lagi. Dapat plak lagi 15%. Pehh.

Hari Rabu haritu dah terlepas 15% off for 1 hour.



Okay, puji melambung sangat dah ni.

Kesimpulannya, use you money wisely.

Nahh, entry tambahan !




 Sekian terima kasih.

Wassalamualaikum :))



Panjang plak entry ni. Perempuan kann ;D

 

13 May 2013

SPARK '13


Assalamualaikum w.b.t



Sihat ye semua?

Bagus bagus (Y)

Alhamdulillah.



Tahukah anda apa itu SPARK?

Penyepak nak? Aihh, kasar bahasa :/



Okay okay, ampunn.

SPARK tuu stands for Seminar dan Pameran Produk Kreatif.

Kat kampus ni haa.

Seminar sangat uollss. Kuikui.



Pameran gteww. Produk-produk yang amat kreatif okayy.

Lebih kurang 100 something gak lah semua team yang join. Ramai woo.

So, my team buat website jee.

Ini dia website kitorang, bawah kategori Science and Technology <egelandangan.com>

Facebook pun ada uolls. Twitter apa lagi kann ;D

Jemputlah jenguk.


Kreatif tak? Hehe.

Poster ada. Tapi tak sempat nak snap-snap lagi -.-



Start kemain awal pagi. Habis pun kemain lewat petang.

Penat, letih, gembira, semua ada. Gembira ada makna tuh. Haha.



Dan yang tak disangka sangat-sangat <egelandangan.com> telah memenangi tempat kedua untuk kategori Science and Technology tadi tuu.

Itulah yang gembiranya. Hee.

Alhamdulillah.

Seriously, langsung tak berharap pun kot nak dapat hamper nih.



Curik gambar Peah :'P


Plannya nak ke SIC plak.

Takpe, nanti iolls ceita lain pasal SIC nih. Hew.

Apa pun bersyukurlah anda, Alhamdulillah !



#Ar-Rahman


Dapat rasa jurang itu :(



04 May 2013

03-May-13


Assalamualaikum w.b.t



Semoga semuanya sihat-sihat belaka.

Entry ni takde kena mengena dengan 05-May-13 yee.

Still 03-May-13 lagi kan? Ngee.

Walaupun hakikatnya dah 04-May-13 :'p



Eh ehh. Special dedication nih. Hihi.

Selamat ulangtahun kelahiran.

Please jangan lupakan aku.


 
 
 *apa maksud tooth tuh?* >.<


Semoga sentiasa di bawah rahmatNya.

Semoga diberikan kesihatan yang sempurna.

Semoga dipermudahkan segala urusan
 
Semoga murah rezeki di dunia dan di akhirat.

Semoga berjumpa lagi kita. Eh?

Allahumma aaamiin ! \^.^/



 


 
Cepat semua, doakan kesejahteraan untuk hamba Allah ini.

Terima kasih, jumpa lagi.

  
Nak ros merah hidup ! :’)